Tuesday, March 20, 2012

Fizo Idamkan Sebuah Restoran

fizo

Beberapa minggu Mummy mendiamkan diri. Bukan bercuti, bukan bersuka ria tetapi memerap di pejabat kerana menyiapkan sebuah naskah khas mengenai penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dipanggil Apexs. Bila-bila masa sahaja buku itu akan berada di pasaran dengan harga RM8.90 sahaja.

Dalam buku ini, banyak rahsia Khairul Fahmi akan dibongkar. Siapakah wanita pilihan Khairul Fahmi? Apakah rahsia disebalik jersi nombor 19? Mengapa pula bapanya bersembahyang hajat setiap kali Khairul Fahmi turun ke padang? Dapatkan segera untuk mengetahui jawapannya. Lebih menarik, terdapat juga poster gergasi Khairul Fahmi sebagai hadiah untuk peminatnya.

Kali ini Mummy juga nak bercerita tentang seorang lagi anak muda yang Mummy rasa boleh pergi jauh dalam bidang yang diceburinya. Memulakan langkah memasuki pertandingan 'Hero Remaja' hinggalah diberi peluang sebagai model dan seterusnya sebagai pelakon tambahan.

Kini bakatnya semakin menyerlah apabila ramai pengarah drama dan filem memberi kepercayaan untuk dia memegang watak utama. Sebagai contoh, penghujung tahun lalu, Fizo yang memegang watak sebagai Ilyas dalam drama Soffiya telah meruntun hati ramai peminat drama tersebut. Dia juga diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara bagi beberapa buah rancangan TV.

Januari ini, sudah hampir dua tahun Mummy mengenali jejaka kacak ini. Kali pertama diperkenalkan ketika pertandingan akhir 'Hero Remaja' tetapi selepas itu, Mummy lebih mengenalinya sebagai adik kepada Datin Noniswara.

Rombongan ke Kaherah kerana mengikuti sebuah penggambaran drama bersama Erra Fazira merapatkan hubungan Mummy dan Fizo. Sepanjang 10 hari di sana, semua kami lakukan bersama tambahan pula apabila kami ditimpa pelbagai masalah ketika penggambaran.

Bagi Mummy, Fizo seorang lelaki yang 'simple', menjaga kebersihan dan sentiasa mengambil berat tentang ibunya. Sebagai pelakon baru ketika itu, dia juga tidak malu untuk bertanya Erra dan pelakon senior lain tentang teknik berlakon yang betul.

Siapa sangka, dia sebenarnya tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang pelakon kerana tumpuannya lebih kepada bola sepak. Tidak mustahil, jika diberi latihan yang cukup mungkin kini dia telah menjadi seorang pemain negeri atau kebangsaan. Siapa tahu, mungkin lebih hebat daripada Khairul Fahmi!

Apabila Fizo menyatakan kepada Mummy bahawa dia suka memasak, Mummy terkejut. Siapa sangka, seorang anak muda yang kacak suka memasak terutamanya masakan Thai. Apa lagi, Mummy pun meminta untuk mencuba masakannya.

Siapa sangka, masakan daripada air tangan Fizo memang boleh diberi pujian. Ikan kukus, Miang Kam dan beberapa jenis masakan lagi terhidang di atas meja dan malam itu memang puas kami makan. Tiba-tiba terdetik di hati untuk menjemputnya menjadi ahli keluarga Grup Buku Karangkraf.

Apabila idea ini diusulkan, dia cukup teruja kerana sejak dulu lagi telah menjadi impiannya untuk menerbitkan sebuah buku masakan dan membuka sebuah restoran. Tawaran yang datang bagaikan mimpi buatnya tetapi hanya selepas beberapa bulan menunggu, barulah Fizo memberikan jawapan.

Setelah beberapa kali mengadakan perbincangan, akhirnya pihak Fizo memberikan kami ruang untuk sesi fotografi masakannya. Dengan bantuan ibunya, semua jadual dan perancangan yang diatur berjalan lancar.

Kini buku Air Tangan Fizo sudah pun berada di pasaran dengan harga RM19.90. Terlalu berbaloi, kerana usaha untuk menerbitkan buku ini lebih daripada harga tersebut. Kepada peminat Fizo, jangan lupa dapatkan buku Air Tangan Fizo ya!

Klik!

@mediahiburan.karangkraf.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...