Tuesday, March 20, 2012

Ella Enggan Komen Isu Kahwin

Ella
Selepas khabar angin mengenai Ratu Rock Negara, Ella menghadiri kursus kahwin bersama teman lelakinya, ‘A’ awal bulan lalu, MH Online cuba untuk mendapatkan komen daripada mulut penyanyi ini sendiri sama ada berita yang tersebar itu benar atau sebaliknya.

Ella ketika ditemui di konsert Hot FM Big Jam 2012 di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu mengambil pendirian untuk ‘zip mulut’ daripada memberi sebarang komen mengenai gosip yang hangat diperkatakan ketika ini.

“Saya tak mahu beri komen apa-apa mengenai hal itu (menghadiri kursus kahwin). Saya mahu fokus dengan kerja saya dan saya tidak ada masa nak fikirkan soal tersebut. Cukuplah sebelum ini saya banyak beri komen mengenai kisah cinta di media, tapi lain pula yang keluar. Jadi elok rasanya jika saya tidak komen apa-apa,”ujar Ella ringkas.

Apa yang pasti, Ella sempat memberitahu bahawa jika hari bahagianya akan tiba kelak, dia tidak akan melupakan pihak media untuk turut berkongsi kegembiraannya apabila bergelar raja sehari.

Klik!

@mediahiburan.karangkraf.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...