Sunday, December 11, 2011

Grosjean bangga impian tercapai



GROSJEAN dipilih sebagai pemandu kedua Lotus Renault musim depan.


PARIS - Pemandu Perancis, Romain Grosjean berjaya memenuhi impian untuk bergandingan dengan Kimi Raikkonen apabila diumumkan sebagai pemandu kedua pasukan Lotus Renault.
Dalam satu kenyataan semalam, Grosjean, 25, tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya kerana berjaya mengatasi calon- calon lain yang disenaraikan sebe- lum ini.
Sebelum ini, Grosjean berkata, dia begitu berhajat berpasangan dengan Raikkonen yang kembali menyertai perlumbaan Formula Satu (F1) mulai musim depan.
"Saya hanya boleh tersenyum apabila dikatakan mempunyai prospek untuk menjadi pemandu simpanan sahaja.
"Tetapi hari ini, saya berasa amat bangga kerana ditawarkan peluang keemasan ini.
"Memang saya berdebar menanti keputusan ini kerana menyangka bakal kempunan lagi.
"Namun, ia suatu keputusan yang sebaliknya," katanya.
Bagaimanapun, Grosjean yang pernah mewakili Renault dalam sembilan perlumbaan Grand Prix pada tahun 2009, tidak ada rekod pencapaian memberangsangkan.
Ketika itu, pencapaian Grosjean tidak menentu dan kedudukan terbaiknya dalam perlumbaan ialah di tempat ke-13.
Namun, selepas menjuarai perlumbaan GP2 musim ini, dia kembali mendapat perhatian Renault dan terus diberi peluang kedua untuk membuktikan kemampuannya.
Dengan perkembangan terbaru itu bermakna, pemandu Rusia, Vitaly Petrov yang berlumba untuk Renault musim ini diketepikan pada musim depan.
Begitu juga dengan pemandu Brazil, Bruno Senna yang kini dikatakan sedang mencari pasukan baharu untuk disertainya pada tahun depan. - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...