Sunday, December 11, 2011

Gelora Santiago Bernabeu



PERTEMBUNGAN antara Real dan Barcelona sentiasa menyajikan aksi panas antara pemain kedua-dua pasukan.


MADRID - Pertembungan El Clasico di antara Real Madrid dengan musuh tradisi- nya, Barcelona awal pagi esok sememangnya dinantikan oleh penyokong kedua-dua kelab tersebut.
Real kini tampak lebih bersedia mengharungi ancaman Barca, apatah lagi skuad kendalian Jose Mourinho itu akan beraksi di gelanggang sendiri di Santiago Berna- beu.
Justeru, pertemuan kali ini dianggap sebagai medan terbaik untuk membukti- kan kepada penyokong-penyokong setia skuad The Galaticos bahawa mereka mampu untuk merealisasikan impian tersebut.
Dalam dua musim ini sebelum ini, domi- nasi Barca sukar dicabar apabila mereka merekodkan kejuaraan sebanyak dua kali berturut-turut - 2008/2009 dan 2009/ 2010.
Bagaimanapun, Real dilihat berada pada tahap prestasi terbaik mereka untuk merampas kejuaraan daripada skuad The Catalan berdasarkan rekod cemerlang mereka dalam saingan musim ini.
Setakat ini, Real ternyata unggul apabila merekodkan 12 kemenangan, satu seri dan tewas hanya sekali dalam 14 perlawanan.
Malah, anak-anak buah Mourinho boleh mendabik dada apabila berada di puncak liga dengan mengumpul 37 mata, tiga mata meninggalkan Barca di tangga kedua.
"Kamu tidak akan tahu, dalam bola sepak pastinya akan ada elemen kejutan.
"Ketika ini, kami berasa yakin, malah kami merupakan sebuah pasukan yang lebih baik jika dibandingkan dengan musim lalu," kata Mourinho.
Sementara itu, perancang Barcelona, Xavi ternyata tidak gentar dengan rekod cemerlang Real musim ini, sebaliknya opti- mis mereka mampu mengutip tiga mata penuh di hadapan ribuan penyokong Real.
"Memang benar Real ketika ini berada pada tahap prestasi terbaik mereka.
"Prestasi mereka lebih baik berbanding musim lalu. Namun bagi kami, ia tidak membawa apa-apa makna langsung.
"Pertemuan yang dianggap klasik ini tidak ada kena mengena dengan rekod atau statis- tik yang dicatatkan kedua-dua pasukan sebelum ini kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku," jelas Xavi. - Reuters

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...