Sunday, December 11, 2011

'FA England pilih kasih'


DALGLISH menganggap FA England gagal menangani kes membabitkan Suarez dengan telus.

LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish seakan-akan mahu menempah bencana dengan Persatuan Bola Sepak (FA) England.
Secara terbuka, Dalglish mendakwa FA England bersikap pilih kasih membabitkan penyerangnya, Luis Suarez dengan bintang Manchester United, Wayne Rooney.
"Saya agak pelik melihatkan tindakan FA England mengemukakan rayuan untuk Wayne Rooney. Saya tidak fikir itu satu contoh yang baik," tegas Dalglish.
Rooney secara automatik dikena- kan hukuman penggantungan tiga perlawanan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas menerima kad merah ketika menentang Montenegro pada aksi kelayakan Euro 2012, Oktober lalu.
Selepas FA England mengemukakan rayuan, UEFA bersetuju mengurangkan hukuman tersebut kepada penggantungan dua perlawanan.
Bagaimanapun, Dalglish melihat situasi tersebut dengan isu yang hampir sama dihadapi Suarez.
Penyerang Uruguay itu akan dikenakan tindakan oleh FA England berhubung isu membabitkan pertika- man lidah dengan tonggak United, Patrice Evra pada Oktober lalu.
Suarez sekali lagi bakal berdepan dengan tindakan tegas daripada FA England yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Ful- ham ketika Liverpool tewas 0-1 di Craven Cottage, Isnin lalu.
Bagi Dalglish, beliau menganggap FA England harus melihat tindakan mereka sendiri sebelum menangani isu-isu lain.
Pengendali The Reds itu melabelkan cara FA England menangani masalah Suarez seperti bahan jenaka.
"Setiap orang di Liverpool termasuk pihak pengurusan, pemain dan penyokong akan sentiasa menyokong dan berdiri teguh di belakang Luis kerana mereka tahu hal yang sebe- nar.
"Jika orang lain mahukan kebena- ran, saksikan kembali rakaman aksi kami (menentang United dan Ful- ham)," ujarnya. - AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...