![]() |
BOLT (kanan) dan Blake sedia bertarung bagi menentukan siapa lebih hebat sekiranya ada penaja. |
KINGSTON - Pelatih kepada dua pelari pecut terbaik dunia, Glen Mills tidak menolak kemungkinan Usa- in Bolt dan Yohan Blake akan berentap sesama sendiri lebih awal tahun depan.
Kedua-kedua atlet Jamaica itu yang diletakkan seba- gai pilihan pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, dikatakan bersedia menguji kemampuan masing- masing jika ada penaja tampil untuk menyaksikan mereka bertarung.
Sebelum ini, Bolt dan Blake hanya dijadual berentap pada ujian kelayakan skuad olahraga Jamaica, Jun depan sebelum ke London.
Namun, ada usaha sedang dilakukan pihak tertentu untuk menyaksikan kedua- dua atlet terpantas ini beraksi dengan menyediakan wang yang lumayan.
"Ia masih bergantung kepada pengurus atlet terbabit untuk menyatakan persetujuan. Olahraga kini bukan hanya satu sukan tetapi juga cabang perniagaan.
"Jadi usaha sedang dilakukan untuk mencari penaja yang mampu mereali- sasikan pertemuan itu," kata Mills.
Beliau yang merupakan orang yang bertanggungjawab melatih Bolt dan Blake sehingga menjadi pelari terpantas dunia mengaku, ramai yang ingin menyaksikan mereka berentap.
Katanya, ini kerana Bolt dan Blake bukan sahaja rakan sepasukan dalam skuad Jamaica tetapi juga adalah kawan di luar gelanggang dan musuh dalam perlumbaan.
Bolt, 25, adalah juara berganda pada Olimpik 2008 di Beijing dengan menjuarai acara 100m dan 200m. Dia juga merupakan pemegang rekod dunia kedua-dua acara itu.
Pada masa sama, Blake muncul secara mendadak untuk menjadi pencabarnya selepas menjuarai acara 100m pada Kejohanan Dunia di Korea Selatan tahun ini selepas penyertaan Bolt dibatalkan kerana permulaan salah. - Reuters

No comments:
Post a Comment