Thursday, November 24, 2011

Yusry berpuas hati

YUSRY
Hebat filemnya, hebat juga kemenangannya. Itulah kata-kata yang paling sesuai untuk penulis gambarkan tentang Hikayat Merong Merong Maha wangsa telah mendominasi lapan kategori dalam FFM 24.
Seperti yang di jangkakan, filem epik terbitan KRU Studios itu mampu membawa pulang Filem Terbaik selepas memenangi kategori Skor Muzik Asal Terbaik , Pereka Kostum Terbaik , Sinematografi Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.
Menurut Pengarahnya, Yusry Abdul Halim, biar pun tidak berpeluang memenangi trofi Pengarah Terbaik , ia tidak menjadi kudis buatnya dan berpuas hati kerana membawa pulang lapan trofi termasuk Filem Terbaik .
“Jujur saya katakan, saya langsung tidak kecewa tewas dengan Syamsul. Pada saya, itu rezeki masing-masing. Malah, saya bersyukur dengan apa yang saya dan produksi terima.
“Menang kalah adat dalam bertanding. Jadi, kemenangan saya dalam FFM24 ini dianggap sebagai bonus yang sama sekali tidak pernah disyaratkan sebelum menghasilkannya,” katanya.
Tambahnya, kepayahan produksi KRU Studio menghasilkan Hikayat Merong Mahawangsa , berbaloi.
Malah, saat diumumkan penerima anugerah bagi kategori Filem Terbaik , terbayang di minda setiap titik peluhnya sepanjang menghasilkan filem itu, berbayar.
“Walaupun dik atakan ‘menang besar’, kami tidak berniat mendominasi FFM24. Malah, pada kami setiap kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara pasti membuahkan hasil.
“Jadi, kami sedia berkongsi jika ada mereka yang ingin menjadik an HMM sebagai contoh dalam menghasilkan filem epik.
“Ini mungkin perkembangan baik dalam memberi nafas baru terhadap genre ini. Bukan itu saja, kejayaan membuktikan filem epik masih diterima masyarakat,” katanya.
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...