Thursday, November 24, 2011

KOAM jawab selepas sukan SEA

Olahraga
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), akan menjelaskan segala kontroversi, membabitkan kuartet 4X400 meter lelaki pada Sukan Sea di Indonesia, selepas berakhirnya sukan itu, kata Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.

“Saya tak dapat menjawab hari ini. Jangan hanya salah kan KOAM dengan kontroversi ini,” katanya.

Pasukan 4X400 meter dianggotai S Kannathasan, P Yuvaraaj, Schezuan Ahmad Rosely dan Mohd Yunus Lasaleh meraih emas, terlepas peluang menerima pingat masing-masing kerana pulang ke tanah air dengan penerbangan dijadual lebih awal.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ketika mengulas perkara itu baru-baru ini berkata, KOAM harus memberi penjelasan kejadian itu kepada orang ramai.

Bagaimanapun, Shahidan berkata, beliau akan menjawab perkara itu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, tumpuan KOAM bukan sekadar melihat pencapaian terbaik pada Sukan Sea, tetapi juga untuk membawa cabaran pada Sukan Olimpik.
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...