Sebelum ini GUA pernah mengeluarkan artikel, Intan Ladyana Cemburu Dengan Olivia? di mana Intan memberikan reaksi tentang gosip kekasihnya, Kamal Adli yang dikatakan bercinta dengan pasangannya dalam filem, ‘Gerimis Mengundang’ iaitu pelakon Indonesia, Olivia Jensen. Menurut Intan, beliau yakin yang gosip tersebut hanya gimik untuk mempromosikan filem terbaru arahan Ahmad Idham itu.
GUA sendiri juga percaya dan yakin gosip tersebut hanya gimik semata-mata. Biasalah, nak mempromosikan filem baru. Namun, bila dengar cerita dari satu sumber yang boleh dipercayai ini, terkejut juga GUA. Menurut sumber tersebut, Kamal sering berulang-alik ke Jakarta senyap-senyap untuk bertemu dengan Olivia walaupun filem tersebut sudah habis penggambaran. Malah, Kamal sendiri pernah mengaku kepada teman GUA ini yang dia memang bercinta dengan Olivia.
GUA belum berkesempatan untuk mendapatkan komen dari Kamal lagi, namun baru-baru ini GUA ada bertemu dengan Intan di majlis pratonton program-program baru Media Prima Berhad untuk tahun 2012, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Hmm, apa lagi, GUA terus tanyakan kepada Intan mengenai hal ini.
“Bila dia pergi? Setahu saya, setiap kail dia pergi ke lapangan terbang, saya sendiri yang akan hantar dia. Saya tak rasa mereka bercinta. Olivia pun dah ada teman lelaki.
Bagi saya, itu cara mereka untuk mempromosikan filem, jadi saya ikutkan saja rentak mereka. Lagi filem nak ditayangkan, lagi hangatlah mereka nak mempromosikan filem itu,” ujar Intan menafikan dia cemburu.
“Saya tak cemburu, namun mula-mula terkejut jugalah. Kamal dah jelaskan perkara ini dan saya faham. Jika ada sesuatu pun yang berlaku antara mereka, saya nak buat macam mana. Kami berdua bukannya ada ikatan yang serius lagi. Jika dah tertulis Kamal untuk Olivia, nak buat macam mana. Saya terima sajalah. Saya tak marah dan saya akan berfikiran positif dengan apa yang berlaku.
“Saya percaya apa yang Kamal beritahu saya. Jika betul kata Kamal tipu saya, itu antara dia dengan Tuhan. Jika mereka berani, tampil ke depan. Kita bawa Kamal dan sumber tersebut berjumpa dan tengok siapa yang jujur dan siapa yang tipu. Sekurang-kurangnya, kita tahu siapa yang benar dalam hal ini.”
@gua.com.my
No comments:
Post a Comment