Macam dah jadi trend pula artis Malaysia sekarang menggunakan khidmat ‘bodyguard’. Selepas pelakon cantik, Neelofa memasang dua pengawal peribadi akibat diugut baru-baru ini, kini giliran pelakon drama ‘Asmara’, Shahz Jaszle pula membuat perkara yang sama.
Difahamkan, perkara ini dilakukan oleh Shahz sebagai langkah berjaga-jaga, ekoran banyak sangat kes jenayah yang berlaku sekarang.
“Saya panggil abang ini sebab saya selalu ‘travel’ dan menjalani penggambaran di luar. Kadang-kadang, bila saya balik seorang diri, ada yang mengekori saya. Lagipun, sekarang dah banyak sangat kes ugut yang berlaku,” ujar Shahz ketika ditemui di majlis “Media Prima Nite Live’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Baru-baru inipun Neelofa pasang ‘bodyguard’. Saya risau sebab dia pun tinggal berdekatan dengan blok saya. Jadi, untuk langkah keselamatan dan berjaga-jaga, saya akan membawa pembantu saya ini ke mana saja saya pergi,” ujar Shahz mengakhiri perbualan.
@murai.com.my
No comments:
Post a Comment