Tuesday, November 1, 2011

Aaron Aziz Bintangi Drama Arahan Steven Spielberg?


Kalau dibaca sekali imbas, sememangnya tajuk artikel ini sungguh membuatkan seluruh tubuh menggeletar kerana bukan calang-calang pelakon yang mendapat peluang berlakon di bawah arahan pengarah tersohor dunia, Steven Spielberg.

Terra Nova, drama 13 episod arahan Steven Spielberg itu merupakan drama termahal dan terbesar yang pernah dihasilkan dalam sejarah penyiaran televisyen dunia. Drama tersebut mula ditayangkan di saluran Fox (710 Astro) pada 29 Oktober lalu.

Namun demikian, pelakon Malaysia yang dikatakan membintangi drama arahan pengarah yang cukup dikenali menerusi filem Shindler's List itu bukanlah pelakon sebenar yang berlakon di bawah arahan pengarah tersebut, sebaliknya pelakon yang dipilih untuk menjayakan versi alih bahasa untuk drama tersebut.

Antara pelakon yang terlibat ialah Rosyam Nor sebagai Commander Nathanial Taylor, Vanidah Imran (Elisabeth Shannon), Aaron Aziz (Jim Shannon), Sharifah Amani (Maddy Shannon) dan Zahiril Adzim sebagai Josh Shannon.

Terra Nova mengisahkan kehidupan di planet Bumi yang semakin diancam kepupusan akibat pencemaran udara dan pertambahan penduduk yang semakin di luar kawalan sekitar tahun 2149. Adalah terlalu sukar untuk hidup dan meneruskan survival kehidupan. Pakar sains di Hope Plaza di Chicago menemui cara bagi membolehkan manusia meneroka terowong masa 85 juta tahun lampau, di zaman pra sejarah.

Keluarga Shannon yang terdiri daripada Jim, Elisabeth dan tiga anak mereka, Josh, Maddie dan Zoe menyertai misi penghijrahan ke Terra Nova menjadi koloni manusia pertama di sana. Di sana, keluarga Shannon perlu berhadapan dengan dinosaur yang mengancam kehidupan dan ancaman dari koloni serpihan yang mempunyai agenda rahsia.

@gua.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...