Tuesday, November 1, 2011

Dugaan Hidup Shahronizam & Safura








Bagaikan jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib pasangan pelakon, Shahronizam Noor dan isterinya, Safura Yaacob apabila satu demi satu dugaan menimpa hidup mereka. Bulan Ramadhan lalu, Shahronizam telah kehilangan neneknya. Tidak sampai sebulan, pasangan ini kehilangan pula anak perempuan mereka, Nur Aisyah Maryam,3 tahun, akibat demam panas.

Belum lagi reda kesedihan mereka, bapa Safura pula kembali ke Rahmatullah selepas sembilan hari pemergian anaknya. Namun, dugaan Shahronizam dan Safura tidak berhenti di situ saja. Terbaru, anak bongsu pasangan ini, Yusoff Firdaus,1 tahun 10 bulan, dimasukkan ke hospital akibat menghidap pneumonia.

“Yusoff baik dengan arwah kakaknya. Selepas kakaknya meninggal, dia rasa kehilangan dan bersikap murung. Akibatnya, dia tak lalu makan dan demam. Doktor sahkan dia menghidap penyakit pneumonia. Ikutkan, ini dah kali ketiga dia dimasukkan ke hospital sejak kakak dia meninggal,” ujar Shahronizam ketika ditemui di majlis doa selamat dan penggambaran filem ‘Zaiton…Ceritaku’, Sabtu lalu.

“Dalam keadaan ini, makan dan tidur saya entah ke mana. Dengan Safura lagi mengandung tujuh bulan. Apa-apapun, saya percaya mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Allah nak menguji kami, jadi kami bersabar sajalah. Bagi saya, perkara ini buat kita sedar dan insaf. Saya redha dengan apa yang berlaku.”

Walaupun sudah 50 hari Aisyah meninggal dunia, namun pelakon filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ dan ‘Niyang Rapik’ ini mengakui masih tidak dapat melupakan anak perempuan sulungnya itu.
“Sebahagian dari diri dan jiwa saya dah hilang bersamanya. Dia memang rapat dengan saya. Sejak dia lahir, pakai, basuh, makan dia, saya yang jaga. 

Dia tidur pun bawah ketiak saya. Ini kerana Safura lebih jaga Yusoff waktu itu, jadi saya yang rapat dengan dia. Rumah, baju dan barang-barang yang ada di rumah mengingatkan saya kepadanya. Memang susah untuk saya melupakannya kerana kami memang terlalu rapat,” jelas Shahronizam mengakhiri perbualan.

@gua.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...