Saturday, November 26, 2011

Honda Promax merendah diri



AKSI Solehin (depan) ketika mengharungi saingan Pusingan 9 di Sepang dua minggu lalu.


PASUKAN Honda Promax X-Dot Racing tidak memberi sebarang tekanan kepada pelumba-pelumba muda mereka dalam kategori Wira pada pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang bakal berlangsung di Penang Esplanade pada 3 dan 4 Disember depan.
Sebaliknya, pengurus pasukan, Erwan Ahmad cuma mahukan Mohd. Solehin Mohd. Sukor, Mohd. Emir Fareez Hasan dan Mohd. Hafiz Nor Azman tenang dan menikmati perlumbaan terakhir musim ini memandangkan segala-galanya sudah terlambat bagi mereka melakukan sebarang percubaan drastik.
Tambahan pula gelaran Wira telah pun menjadi milik Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing) ketika perlumbaan di Sepang (Pusingan 9) dan jurang mata agak besar antara mereka dan untuk lima pelumba teratas dalam carta keseluruhan setakat ini.
Pada peringkat awal musim, Solehin dan Fareez menunjukkan prestasi hebat buat pasukan yang berpangkalan di utara tanah air itu.
Walaupun pasukan itu masih bergelut dalam usaha mendapatkan rentak, Solehin berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga di Alor Setar (Pusingan 6), manakala Fareez menaiki podium di tempat kedua ketika di Terengganu (Pusi- ngan 3) dan Putrajaya (Pusi- ngan 4).
Namun begitu, sebaik saingan memasuki separuh musim kedua, kedua-dua pelumba itu gagal untuk mengekalkan konsistensi.
Mereka sering diklasifikasi sebagai tidak layak ke perlumbaan akhir (DNQ), selain turut gagal menamatkan perlumbaan (DNF) di beberapa pusingan.
Erwan menjelaskan, prestasi merundum mereka bukan disebabkan masalah enjin, sebaliknya nasib mereka tidak begitu baik.
"Prestasi enjin jentera Honda kami masih kompetitif dan konsisten. Cuma nasib tidak begitu menyebe- lahi kami sejak akhir-akhir ini, namun ia merupakan senario biasa dalam perlumbaan.
"Pasukan dan juga pelumba melakukan persediaan secukupnya, namun jika nasib tidak menyebelahi, tidak ada apa yang boleh dilaku- kan.
"Mudah-mudahan nasib malang kami akan berakhir di Pulau Pinang nanti," katanya.
Tambahnya lagi, pada masa sama ia menunjukkan masih banyak perkara yang perlu dipelajari oleh Solehin dan Fareez.
Kata Erwan, Fareez perlu belajar untuk mengendalikan jentera dengan lebih baik, manakala Solehin perlu belajar mengawal tekanan untuk mengelak daripada terjatuh apabila berta- rung dengan pelumba kelompok hadapan."
Setakat ini, Solehin dan Fareez berkongsi 46 mata untuk menduduki tempat ke-11 dan ke-12, manakala Azman yang mula menyertai mereka ketika di Sepang selepas pembubaran pasukan Ride it Right Racing, berada di kedudukan ke-15 dengan 26 mata.
Bercakap tentang harapannya pada perlumbaan akan datang, Erwan berkata: "Kami tidak mempunyai sebarang sasaran tinggi pada Pusingan 10 nanti."

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...