
ALONSO (kiri) dan Massa (kanan) memberi gaya istimewa di Litar Interlagos, Sao Paulo, Brazil kelmarin.
SAO PAULO - Fernando Alonso yakin Ferrari akan menampilkan aksi yang lebih hebat, sekali gus memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) pada musim depan.
Pemandu kelahiran Sepanyol itu menyuarakan keyakinan tersebut selepas Ferrari bergelut untuk menyaingi kehebatan pencabar dan juara berganda, Red Bull Racing musim ini.
Grand Prix (GP) Brazil pada penghujung minggu ini adalah perlumbaan terakhir Alonso musim ini hanya mencatat satu kemenangan iaitu di GP Bri- tain pada Julai lalu.
Alonso, 30, berkata, Ferrari telah melakukan beberapa peningkatan sig- nifikan yang dirasakannya sudah cukup baik bagi membantunya kembali merebut kejuaraan musim depan.
"Saya sudah yakin untuk bersaing dalam perebutan kejuaraan dunia tahun depan. Berlumba bersama pasukan Ferrari telah menguatkan lagi keyakinan saya untuk menjadi juara.
"Secara peribadinya, saya agak gembira dengan pencapaian tahun ini. Begitu juga dengan kemajuan pasukan dan peningkatan prestasi pasukan secara keseluruhannya tahun ini lebih baik berbanding sebelumnya."
Menurut Alonso, dengan penyediaan jentera yang lebih berdaya saing ini, dia yakin Ferrari mampu bersaing dalam perebutan gelaran juara dunia.
"Tahun lepas, kami masih lemah kerana ada kawasan-kawasan yang kami tidak mahir, seperti di permulaan, strategi dan beberapa kesilapan pemandu.
"Tetapi segalanya sudah dipertingkatkan dan saya rasa pasukan ini sudah kuat berbanding tahun lepas. Sekarang saya hanya perlukan jentera terbaik. Tahun lepas kami memerlu- kan segalanya bukan hanya jentera," katanya.
Ketika ini, Alonso menduduki tempat ketiga dalam kategori pemandu selepas ketinggalan 10 mata di belakang pemandu McLaren, Jenson Button.
Bagaimanapun dia yakin akan mena- matkan perlumbaan di Brazil minggu ini dengan kemenangan. - AFP
No comments:
Post a Comment