
ANTARA aksi menarik Waka Racing Team yang dikemudi Phill Robertson pada aksi Piala Monsun 2011 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu semalam.
PUSINGAN suku akhir Kejo- hanan Kapal Layar Piala Monsun 2011 hari ini bakal menyaksikan pertembungan sesama sendiri dua pendahulu keseluruhan Siri Jelajah Dunia (WMRT).
Ian Willams dari pasukan Team GAC Pindar yang kini menduduki senarai teratas dalam pungutan mata WMRT engan 106 mata akan turun menentang pencabar dari pasukan Bruni Racing, Francesco Bruni pada aksi kalah mati bagi mencari slot ke separuh akhir.
Bruni yang berada di tangga kedua keseluruhan dengan 100 mata, mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas mendu- duki tangga keenam dalam pusingan kelayakan semalam dengan mengumpul enam mata.
Williams pula berada di tangga kelima juga selepas mengutip enam mata daripada 11 pusingan yang dilalui.
Untuk rekod, dua juragan ini merupakan calon utama untuk bergelar juara dunia WMRT edisi 2011 dengan Williams memburu kejuaraan ketiga dalam kariernya, manakala Bruni pula bakal menjadi pelayar Itali pertama bergelar juara dunia.
"Saya sebenarnya bernasib baik dapat mara ke suku akhir walaupun gagal mempamerkan prestasi terbaik sepanjang 11 perlumbaan yang dilalui dalam aksi kelayakan.
"Namun, saya tetap yakin dapat mengatasi Bruni esok (hari ini), sekali gus mencerah- kan peluang saya untuk bergelar juara dunia tahun ini," kata Williams pada sidang media semalam.
Sementara itu, Bruni pula bertekad menebus kekalahannya kepada Williams pada aksi kelayakan kelmarin bagi mencari satu slot ke separuh akhir.
"Kami akan melalui lima perlumbaan esok (hari ini) dan saya harap dapat memenangi tiga daripada perlumbaan itu," jelas Bruni.
Dalam pada itu, perlumbaan suku akhir hari ini bakal tertumpu kepada kelibat juragan muda dari New Zealand, Williams Tiller yang berjaya mencipta kejutan dengan menduduki tangga teratas selepas berakhirnya pusingan kelayakan.
Tiller dari pasukan Full Metal Jacket Racing berjaya mengumpul lapan mata daripada 11 pusingan dan akan berdepan cabaran ketua pasukan Berntsson Sailing Team, Johnie Berntsson.
Terdahulu, Berntsson yang turut menjadi calon juara dunia WMRT, mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas menduduki tangga kelapan dengan 5.5 mata.
"Saya masih terkejut dengan kejayaan ini (mara ke suku akhir) kerana matlamat utama saya pada Piala Monsun ini adalah untuk mencari pengalaman dengan menentang juragan-juragan terbaik dunia.
"Apa pun, pujian perlu diberikan kepada kru pasukan kami yang telah bekerja keras sehingga ke tahap ini," jelasnya.
Dua lagi pertembungan suku akhir hari ini bakal menemukan juara dunia empat kali dari pasukan YANMAR Racing, Peter Gilmour yang akan membuat perhitungan dengan pelayar muda dari pasukan Waka Racing, Phil Robertson.
Turut bersaing adalah juragan Mekonomen Sailing, Bjorn Hansen yang akan menentang Jesper Radich dari Adrian Lee & Partner.
Untuk rekod, Piala Monsun 2011 merupakan perlumbaan pusingan kesembilan dan yang terakhir dalam kalendar Siri Jelajah Dunia.
No comments:
Post a Comment