Tuesday, November 8, 2011

600 rumah dilanda banjir kilat



SEORANG penduduk, Jefri menimba air yang masuk ke dalam rumahnya akibat banjir kilat di Taman Desarena II, Kuala Kedah semalam.


ALOR SETAR – Lebih 600 buah rumah di tiga taman di Kuala Kedah di sini dilanda banjir kilat dipercayai berpunca daripada sistem saliran yang tidak sempurna dan hujan berterusan sejak malam kelmarin.
Ia melibatkan Perumahan Awam Kuala Kedah, Taman Sri Putra dan Taman Desarena II berikutan hujan sekejap-sekejap antara pukul 11.30 malam kelmarin hingga tengah hari semalam.
Keadaan diburukkan lagi dengan ketiadaan perparitan sempurna berikutan pembinaan dua buah taman perumahan baharu di situ sejak tiga tahun lalu.
Seorang penduduk, Ismail Shaari, 46, mendakwa, banjir kilat sering melanda kawasan itu kira-kira tiga tahun lalu, malah bertambah buruk sejak awal tahun ini berikutan kerja-kerja menambak tanah bagi kawasan perumahan baharu iaitu Taman Desarena Indah.
“Pemaju tidak membina sistem saliran sempurna menyebabkan air dari kawasan perumahan itu melimpah ke Taman Desarena II,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Seorang penduduk di Taman Perumahan Awam Kuala Kedah, Ibrahim Osman, 77, pula memberitahu, air mulai naik kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin sebelum surut kira-kira pukul 3 pagi semalam.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...