Tuesday, November 8, 2011

SJKC Khoon Aik genap 100 tahun



khew teng mengibar bendera sempena ulang tahun ke-100 SJKC Khoon Aik baru-baru ini, manakala gambar kanan wajah sekolah itu pada awal penubuhannya 100 tahun lalu.


KANGAR – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khoon Aik di sini mencatat sejarah tersendiri apabila ia menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya kelmarin sekali gus antara sekolah tertua di negeri ini.
Lebih 1,000 masyarakat Cina meraikan ulang tahun tersebut baru-baru ini dengan kemuncaknya adalah pelancaran buku replika gergasi sekolah itu.
Replika gergasi tersebut menceritakan latar belakang dan detik sejak penubuhan sekolah itu di bandar tersebut sejak 1910 lalu.
Pengerusi Lembaga sekolah itu, Khor Khew Teng memberitahu, SJKC Khoon Aik telah melalui pelbagai lipatan sejarah dan transformasi sehingga menjadi antara sekolah terbaik di negeri ini.
"Dari sekolah papan dahulu, kini SJKC Khoon Aik telah tersergam indah dengan bangunan dan kemudahan yang disediakan bagi keselesaan murid-murid di sini.
"Sehingga kini sekolah tersebut mampu menempatkan sehingga 1,000 murid setiap masa yang kebanyakannya daripada komuniti Cina selain Melayu dan kaum lain," katanya.
Terdahulu, pada majlis tersebut yang bermula pada pukul 7.30 pagi, program dimeriahkan dengan acara perbarisan murid-murid termasuk kakitangan sekolah.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...