Wednesday, October 19, 2011

Semua pihak perlu profesional



PEMINAT bola sepak tempatan perlu bersikap lebih profesional dan berdisiplin ketika menyokong pasukan kesayangan mereka beraksi tanpa melakukan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan insiden tidak diingini.


INSIDEN membaling mercun ke padang dan provokasi melampau-lampau penyokong sesebuah pasukan ke atas penyokong lawan semacam sudah menjadi suatu amalan dalam kancah liga bola sepak negara ini.
Pada saingan suku akhir Piala Malaysia antara Terengganu dengan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Kuala Terengganu, 11 Oktober lalu, berlaku provokasi seumpama.
Akibatnya, seorang remaja dari Seberang Takir didenda RM100 oleh Mahka- mah Majistret Kuala Terengganu atas dakwaan membaling ketulan air ke arah penyokong dari negeri tetangga.
Majistret mahkamah tersebut, Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Fakri Makhtar, 18, yang mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Mengikut fakta kes yang dibacakan pada sidang perbicaraan, sebahagian ketulan ais balingan remaja berkenaan terkena anggota polis yang bertugas di stadium pada malam itu.
Dalam perlawanan timbal balas di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu pada 14 Oktober pula, penyerang gantian Terengganu, Mohd. Zhariff Hasna hampir menjadi mangsa balingan mercun ketika bersedia melakukan sepakan sudut pada penghujung perlawanan.
Perkara itu berlaku juga, pada hal setiap hari bermula 12 Oktober, media melapor- kan 'rayuan' Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM), pihak pengurusan kedua-dua pasukan dan kelab penyokong dua negeri berjiran agar penonton bersikap lebih matang.
Itu antara 'cat hitam' yang menyimbahi maruah bola sepak negara angkara ketan- dusan nilai profesional dalam kalangan sesetengah penonton yang menganggap mereka penyokong fanatik sesebuah pasukan.
Mungkin yang terlibat dalam kegiatan tidak berhemah itu hanya melibatkan jumlah penonton yang kecil, namun pepatah ada mengatakan bahawa "Seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit".
Apakah tiada cara lain yang lebih baik untuk ditunjukkan oleh penonton bola sepak di negara ini berhubung semangat ke- cintaan dan kefanatikan mereka terhadap pasukan yang disokong?
Empat tahun sekali kita menyaksikan siaran langsung siri perlawanan bola sepak Piala Dunia dan pada temasyha itu gelagat penonton pelbagai negara menjadi fokus lensa kamera pihak media.
Jika kita mahu menjadi penonton yang matang dan bersifat lebih profesional, gela- gat yang baik perlu dipungut, manakala yang kurang baik seperti mendedahkan aurat, apatah lagi yang buruk seperti mabuk dan bergaduh, wajar dielakkan.
Kancah bola sepak negara kita juga di- cemari sindrom ulasan selari yang tidak matang, umpamanya sikap berpihak pengulas sesetengah stesen tele- visyen.
Ada sesetengah koordinator siaran langsung mengendalikan bual bicara seolah-olah mewakili pasukan tertentu dan jika beliau menjadi juru ulas, sikap berpihaknya itu bersifat "Sudah terang lagi bersuluh".
Tidak diketahui sama ada perkara itu berlaku dengan niat atau terjadi aki- bat kekalutan pengulas berkenaan merangkumkan idea spontan.
Walau apa pun yang berlaku, hal itu menjejaskan tahap profesional yang se- patutnya semakin lama semakin subur berkembang.
Sikap berkecuali dalam membuat ulasan seperti yang biasa diperlihatkan orang lama seperti Datuk Rahim Razali dan Sharkawi Jirim akan menimbulkan perasaan hormat penonton.
Memang kelihatan sifat profesional dalam kalangan pengulas mutakhir seperti Azlan Johar, namun masih ramai pengulas sukan di negara ini masih tercari-cari dan terkeliru dalam menguasai banyak istilah berkaitan bola sepak.
Jika kita benar-benar prihatin akan perkara ini, kita dapat mengesan haki- kat bahawa masih ada pengulas yang tidak dapat membezakan yang palang gol, yang mana tiang gol.
Yang berkeadaan tegak dan terpacak di bumi itu diistilahkan sebagai tiang, malangnya sering disebut sebagai palang oleh sesetengah pengulas.
Yang mendatar dan berada di atas dua tiang itu disepakati penutur bahasa Melayu sebagai palang, namun malangnya sering disebut oleh pengulas sebagai tiang.
Itu sebahagian kecil daripada kelemahan pengulas sukan dan belum lagi disentuh kosa kata lain seperti perbezaan antara kuis, tolak, lambung, sepak, tendang, dan rembat.
Ada pengulas menyebut bahawa bola dirembat oleh penyerang sesebuah pasukan, namun yang kita lihat ialah penye- rang berkenaan hanya melakukan tolakan.
Semua ini nampak seperti perkara kecil, namun dalam kita memperkatakan hal yang berkait dengan profesionalisme, perbezaan istilah tadi sepatutnya tidak diambil mudah.
Ketika mengendalikan sesuatu bual bicara pula, ada koordinator yang bercakap lebih banyak daripada ahli panel atau tetamu yang mahu ditemu bual.
Kadangkala, ketika beliau mengemukakan sesuatu persoalan kepada ahli panel, beliau sudah pun memberi jawapannya, manakala ahli panel itu hanya berpeluang memberi jawapan ringkas iaitu ya atau tidak sahaja.
Dalam situasi yang lain, beliau memperlekeh ulasan ahli panel atau tetamu sedangkan yang sepatutnya dilakukan beliau ialah meminta ahli panel yang lain memberi reaksi.
Ketika berlangsung satu siaran langsung suku akhir kedua Piala Malaysia oleh sebuah stesen televisyen pada 14 Oktober lalu, seorang pemain pertahanan sebuah pasukan menarik pemain pihak lawan menyebabkan pemain yang ditarik itu terjatuh di luar kotak penalti.
Pengulas 'kanan' perlawanan tersebut menuturkan ujaran yang lebih kurang begini bunyinya: "Saya rasa beliau terpaksa menarik penyerang lawan bagi menyela- matkan kubu pasukannya."
Matangkah ulasan sedemikian?
Ujaran itu memberi mafhum bahawa pengulas 'menghalalkan' tindakan pemain yang menarik pasukan lawannya itu.
Ujaran sedemikian akan menimbulkan ketidakpuasan hati penonton dan merencatkan proses mewujudkan persekitaran profesional dalam bidang bola sepak tempatan.
Dalam suatu insiden yang lain pada perlawanan yang sama, ulang tayang televisyen menunjukkan bahawa seorang pemain diterjah dengan kasar oleh pemain lawan menyebabkan pemain itu tercedera.
Sekali lagi pengulas sukan berkenaan membuat komen yang tidak bertanggungjawab iaitu lebih kurang begini bunyinya: "Memang ada sentuhan daripada pemain lawan tetapi dalam permainan bola sepak, insiden begini tidak dapat dielakkan."
Kita tidak menafikan bahawa kekasaran memang asam garam dalam permainan bola sepak, namun wajarkan dikatakan bahawa perkara itu tidak dapat dielakkan?
Ketika berlangsung satu perlawanan yang membabitkan sebuah pasukan bertaraf kelab dalam saingan Liga Super di sebuah stadium di negeri Pantai Timur tidak lama dulu, pengulas yang sama menafikan berlaku kekasaran ke atas seorang pemain.
Apa yang kemudiannya berlaku, pemain itu terpaksa diusung dan langsung tidak dapat bermain bukan setakat baki perla- wanan berkenaan, malah beberapa perla- wanan seterusnya.
Perkara berkaitan profesional ini ditimbulkan sekali lagi ekoran wujudnya keca- man beberapa pihak terhadap kualiti pengadilan dan prestasi pengadil bola sepak negara kita.
Sesetengah pihak mempersoalkan tahap kompetensi pengadil tetapi jarang-jarang mahu mengetengahkan tahap kredibiliti pi- hak lain seperti penonton dan pengulas sukan.
Sebenarnya, pengadil dan kepengadilan cuma sebahagian daripada komponen bidang bola sepak dan komponen yang lain turut wajar disuluh jika kita mahu mencipta kejayaan.
Tulisan kali ini mengetengahkan keperluan memprofesionalkan dua komponen bi- dang bola sepak sebagaimana yang didis- kusikan dengan rinci tanpa prejudis seben- tar tadi.
Mungkin akan ada kupasan mengenai as- pek yang lain, antaranya aspek penguru- san, kejurulatihan, kemudahan asas, sains sukan, mentaliti masyarakat, sumber manusia, dan jalinan kerjasama antara kementerian.
Yang perlu difahami ialah diskusi ini bermatlamatkan satu perkara iaitu memajukan bidang sukan di negara tercinta!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...