Wednesday, October 19, 2011

Scrum terbaik penentu juara



KUNCI kejayaan New Zealand menewaskan Australia di separuh akhir adalah kerana barisan scrumnya yang mantap. Ini meletakkan All Blacks sebagai pilihan untuk muncul juara.


AUCKLAND - Pemain Australia, Ben Alexander percaya, scrum yang terbaik bakal menjadi penentu pasukan mana yang akan muncul juara ragbi Piala Dunia kali ini.
Dia yang merujuk kepada pertemuan New Zealand dan Perancis di final, Ahad ini mengakui kedua- dua pasukan memiliki barisan scrum yang mantap sepanjang kejohanan di sini.
"Mereka (New Zealand dan Perancis) merupakan pasukan yang sangat hebat dari segi scrum dan saya berharap, pertembungan final pada tahun ini akan menjadi lebih menarik.
"New Zealand, pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia pada edisi tahun ini, mengetahui jika mereka memenangi scrum, mereka akan mengambil jalan yang jauh lebih mudah untuk menewaskan Perancis.
"Perancis pula yang juga memiliki kekuatan di bahagian scrum, mempamerkan aksi cemerlang sepanjang kejohanan ini berlangsung.
"Seperti mana mereka beraksi (menentang Perancis), ia pasti menjadi satu kesukaran bagi New Zealand," kata Alexander.
Dia juga percaya perlawanan akhir kali ini dijangka lebih sukar jika dibanding pada rekod final tahun-tahun sebelumnya.
"Pemain Perancis, Nicholas Mas dan William Servat juga pemain New Zealand, Keven Mealamu dan Owen Franks merupakan pemain penghadang yang hebat.
"Jadi, ia pasti menjadi satu pertembungan yang lebih sengit dan hebat," tegasnya. - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...