Wednesday, October 19, 2011

Korea Selatan mula cari pelumba F1



KEJAYAAN Sebastian Vettel pada GP Korea telah membuka mata penganjur pentingnya seorang pelumba tempatan beraksi dalam perlumbaan kereta F1 pada masa depan.


SEOUL - Penganjuran perlumbaan kereta Formula Satu (F1) di Korea Selatan pada penghujung minggu lalu mula menyedarkan negara tersebut tentang betapa pentingnya mereka memiliki seorang pelumba sendiri seperti Park Ji-sung dalam bola sepak.
Sehubungan itu, penganjur Grand Prix (GP) Korea berharap, seorang pelumba mereka dapat beraksi tidak lama lagi bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara itu datang menyaksikan perlumbaan di tempat sendiri.
"Jika kami dapat lahirkan pelumba sendiri, tentu bagus untuk perlumbaan di sini dan pembangunan sukan bermotor keseluruhannya.
"Suatu ketika dulu bola sepak bukan ada ramai peminat pun tetapi sejak ada Park Ji-sung, sukan itu melonjak naik popularitinya dengan mendadak.
"Jadi kami akan cuba melakukan cara yang sama supaya F1 berada di hati rakyat Korea. Kami sudah semakin dekat (mempunyai pelumba)," kata jurucakap penganjur, Shin Young.
Namun begitu Shin mengakui, sukan bermotor masih tidak mendapat liputan menyeluruh daripada media mahupun penaja dalam kalangan syarikat korporat.
Ketika ini, hanya ada tiga litar perlumbaan di negara itu yang menganjurkan perlumbaan dalam setahun. Malah di Korea, ada pelumba mereka yang beraksi dalam Formula Dua (F2), Mun Sung-hak tetapi kurang mendapat perhatian.
Berpangkalan di England, Sung-hak yang berlumba go- kart sejak berusia 11 tahun, menghadapi kekangan kewangan kerana kekurangan penaja untuk mengembangkan bakatnya.
Namun, jika sekiranya Korea serius mencari pelumba, Sung-hak adalah pilihan terbaik untuk menjadi pelumba F1 pertama dari Korea Sela- tan sambil boleh dibantu pengeluar kereta tempatan seperti Hyundai dan KIA. - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...