PENYANYI popular, Rihanna mengakui dia mempunyai tabiat suka mengeluarkan kata-kata kesat dan berharap agar peminat-peminatnya tidak meniru kelakuan buruk itu.
Hal tersebut baharu disedari Rihanna selepas jurusoleknya menegur dan meminta penyanyi itu supaya bercakap dengan menggunakan ayat yang lebih sopan.
"Selama ini saya suka berkata kesat di mana-mana saja termasuklah di Twitter mahupun Facebook dan ia bukan kerana mahu menyinggung mana-mana pihak.
"Lagipun saya sudah biasa dengan tabiat itu sejak kecil lagi. Rasanya apabila semua orang kurang senang dengan kata-kata kesat itu dan hanya orang di kampung saya di Barbados, Amerika, sahaja yang menganggap perkara tersebut adalah normal," selorohnya kepada majalah Britain, Vouge.
Bagaimanapun tambah Rihanna, dia cuba untuk mengurangkan tabiatnya itu supaya tidak lagi menyinggung perasaan segelintir peminatnya.
No comments:
Post a Comment