MEXICO CITY — Polis menemui dua kepala manusia yang dibuang di sebatang jalan utama berhampiran kem tentera, yang disertakan dengan sekeping nota amaran dipercayai daripada kumpulan kartel dadah.
Penemuan kepala berkenaan dipercayai berpunca akibat perang semasa kartel dadah.
Kepala pertama ditemui berhampiran sebuah kereta manakala satu lagi kepala ditemui di kawasan pejalan kaki.
Sementara nota yang ditinggalkan itu merujuk kepada kumpulan dadah Mano con Ojos atau Tangan dengan Mata, yang aktif di kawasan berhampiran sempadan Mexico.
Kumpulan itu ditubuhkan selepas penahanan Edgar Valdez atau dikenali sebagai “La Barbie,” pada 2010.
Dia merupakan pembunuh utama kumpulan kartel dadah Beltran Leyva.
Kumpulan Mano con Ojos itu kini diketuai Oscar Osvaldo Garcia.
Pembunuhan dengan memotong kepala mangsa merupakan hukuman yang selalu dilakukan oleh kumpulan dadah di negara berkenaan dengan tujuan menakutkan saingan mereka.
Namun penemuan dua kepala ini merupakan yang pertama sejak januari 2008, apabila dua kepala ditemui berhampiran lapangan terbang antarabangsa pada 2007.
Ia dipercayai ada kaitan dengan penyeludupan dadah melalui lapangan terbang.
No comments:
Post a Comment