Wednesday, October 5, 2011

Apple Lancar iPhone 4S, Harga Saham Menjunam


Apple Lancar iPhone 4S, Harga Saham Menjunam
SAN FRANCISCO – Saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street hari ini selepas pembuat gajet terkemuka berpusat di California itu mengumumkan versi iPhone yang dipertingkatkan, bukannya model baru seperti dijangka.
Ketua Eksekutif (CEO) baru Apple, Tim Cook, yang menggantikan pengasas Apple, Steve Jobs pada Ogos lalu, melancarkan iPhone 4S di ibu pejabat Apple di Cupertino, California.
Pembaharuan dalam versi iPhone 4S ialah pemprosesan yang lebih pantas, kelajuan kamera dan arahan suara seperti ‘pembantu peribadi’, tetapi ia bukannya telefon pintar generasi baru – iPhone 5 – seperti yang dinanti-nantikan.
iPhone 4S boleh didapati di pasaran Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain bermula 14 Oktober ini.
Di Amerika Syarikat, iPhone 4S dijual pada harga mulai AS$199 untuk 16 gigabit manakala AS$399 untuk model 64 gigabit. – AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...