Wednesday, October 5, 2011

Namewee Mohon Maaf Atas Lagu Negarakuku


Namewee Mohon Maaf Atas Lagu Negarakuku
KUALA LUMPUR – Pengarah filem Nasi Lemak 2.0 yang beberapa kali mencetuskan kontroversi, Namewee memohon maaf atas tindakannya menerbitkan klip video lagu Negarakuku yang jelas menghina Raja dan negara ini beberapa tahun lalu.
Permohonan maaf itu dibuat Ahad lepas melalui laman Facebook miliknya.
Dalam permohonan maaf itu, Namewee menyatakan bahawa dia telah beberapa kali berbuat demikian tetapi media Malaysia tidak berminat untuk menyiarkan perkara itu.
Namewee juga meminta agar masyarakat tidak mengutuk rakan-rakannya yakni Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengkhianat Melayu kerana bersetuju untuk berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0.
“Perkara “Negarakuku”, saya sudah menjelaskan dan meminta maaf banyak kali di media, tapi media kita “tak suka” melaporkan (terutama Utusan) …Jika anda masih mahu benci saya pun tak apa…,tapi sila jangan menghina kawan-kawan saya.
“Tujuan Afdlin Shauki & Adibah Noor menyertai filem “Nasi lemak 2.0″ ialah menghantar mesej patriotik dan bersatu padu kepada semua rakyat Malaysia, tetapi ada beberapa ‘Extremist’ cakap meraka ialah “pengkhianat melayu” …..==”… saya hanya harap ramai orang boleh cuba pergi tengok “Nasi lemak 2.0″, beli pirated DVD pun ok lah…:),” katanya.
Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee menghasilkan Negarakuku pada tahun 2007 dan sejak itu namanya menjadi cemuhan dan sanjungan pelbagai lapisan masyarakat negara ini.
Lagu berkenaan memiliki elemen yang ditafsir pihak tertentu sebagai bukan sahaja menghina Malaysia tetapi juga menghina bangsa Melayu dan Islam.
Sejak klip berkenaan, beberapa klip lagi dimuatnaik Namewee ke Youtube yang memiliki unsur-unsur yang mencetuskan rasa tidak puas hati anggota masyarakat terhadap dirinya.
Terbaru, dia menghasilkan klip Namewee FxxK Utusan, sebagai reaksi balas terhadap sebuah rencana bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee....

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...