Wednesday, October 5, 2011

Album Pertama Buat Akim (AF7) Teruja


Akim AF7
KUALA LUMPUR: Penyanyi Afiq Hakim Ahmad atau Akim (AF7) memberitahu teruja dengan pembikinan album pertamanya yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Akim berkata, dia berasa seronok kerana dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam pembikinan album itu dan tidak hanya mengharapkan pihak penerbit melakukan untuknya.
"Saya terlibat secara keseluruhan pembikinan album tersebut daripada mencipta lagu kepada proses rakaman.
"Memandangkan ini adalah album pertama saya gembira pandangan dan idea saya diterima untuk menghasilkan album ini," ujarnya ketika ditemui mStar Online di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu Akim berkata, menerusi album yang masih belum mempunyai judul itu, ia bakal memuatkan lapan buah lagu.
Tambahnya, dia bekerjasama sepenuhnya dengan komposer tempatan untuk menghasilkan album tersebut.
Sementara itu, Akim turut memberitahu dia gembira apabila filem pertama lakonannya,Horay Horay bakal ditayangkan pada Mac tahun hadapan.
Filem arahan Saw Teong Hin itu turut menampilkan Killa Fairy, Adibah Nor dan Harun Salim Bachik.
"Saya sudah bekerja dengan Teong Hin sebelum ini melalui drama “Kau dan Aku” dan apabila mendapat tawaran tersebut saya tidak berfikir panjang.
"Melalui filem pertama ini juga saya dapat melebarkan sayap dalam bidang lakonan apabila ke tahap seterusnya dan tidak sabar untuk melihat reaksi penonton terhadap filem ini," ujarnya.
Selain itu, Akim memberitahu untuk filem berkenaan dia turut merakamkan tiga buah lagu nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman.
"Filem berkenaan ada menyelitkan elemen muzikal dan di dalam tersebut ada babak di mana saya akan menyanyikan lagu dendangan Allahyarham," katanya.
Akim berkata, walaupun mempunyai pengalaman berlakon dalam drama bersiri sebelum ini, “Horay Horay” memerlukan dia bersedia dengan lebih teliti sebelum datang ke set penggambaran selain banyak membuat kajian terhadap watak yang dibawa.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...