Friday, October 7, 2011

Alyah Semakin Pulih Selepas Pembedahan Apendiks.


Penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Hati ini akan kembali bertugas menghiburkan peminat sebaik sahaja pulih daripada pembedahan apendiks yang dijalaninya pada hari Ahad lepas di Hospital Pakar KPJ Damansara.
“Insyaallah, 2 minggu lagi Alyah akan menghadiri acara-acara tertutup bagi menghiburkan para jemputan. Buat masa ini, Alyah sedang berehat di rumah dan menunjukkan kesan pemulihan yang positif,” kata Hanif Ahmad, pengurus Alyah.
Hanif turut memaklumkan kesakitan apendiks itu berpunca daripada pemakanan yang tidak tetap.
“Kesakitan apendiks itu disebabkan Alyah kurang mengikut rutin pemakanan seperti orang lain. Mungkin atas faktor kesibukan bekerja.”
Dalam perkembangan kariernya, Alyah dikatakan dalam sesi rangka promosi untuk single terbarunya berjudul Boomerang.
“Sebaik sahaja Alyah pulih, kami akan memulakan aktiviti promosi untuk single terbarunya bersama kumpulan vokal wanita, Chocolate. Lagu ini menampilkan kelainan sikit, iaitu bergenre retro pop,” ujar Hanif kepada OHBULAN!, lewat petang tadi.
@ohbulan.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...