Friday, October 7, 2011

Fizo Omar Bakal Terbitkan Buku Resepi Masakan.


“Sebuah buku resepi masakan Thailand dan Melayu akan saya terbitkan dengan kerjasama Karangkraf dalam masa terdekat. Sebanyak 50 resepi dimuatkan dalam buku resepi ini termasuklah masakan pelbagai jenis tomyam & miang kham. Istimewanya, buku resepi ini turut memuatkan perjalanan hidup saya sebagai anak seni seperti aktiviti harian, foto eksklusif semasa kecil dan cara penjagaan kesihatan,” ujar Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar.
“Idea buku resepi ini tercetus kerana minat saya yang amat mendalam terhadap masakan. Walaupun saya bukan seorang chef profesional, tapi saya amat suka memasak. Kebiasaanya, saya akan memasak bersama mak apabila pulang ke kampung yang bertempat di Kelantan. Mungkin juga, hobi memasak ini saya warisi daripada ahli keluarga sebelah mak yang kebanyakannya adalah tukang masak,” kata Fizo Omar kepada wartawan OHBULAN!
Fizo turut berkongsi akan impiannya yang ingin memiliki restoran sendiri dalam masa 2 tahun akan datang.
“Sejak dulu lagi, keluarga saya memang tak boleh dipisahkan dengan perniagaan. Selama 20 tahun, arwah ayah saya menceburi bidang perniagaan kuih tempatan iaitu Bahulu Seri Jawa. Saya fikir nak menyambung semula legasi perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah ayah sebaik sahaja menyelesaikan beberapa urusan penting. Pada masa yang sama, saya mempunyai cita-cita untuk memiliki restoran sendiri pada masa akan datang,” kata Fizo Omar yang ditemui di Kompleks Kerajaan, Isnin lepas.
Fizo, 26 juga ingin mengembangkan perniagaan makanan kampung seperti Serunding Fizo Omar ke peringkat yang lebih komersil dengan bantuan geran melalui program APEC Young Entrepreneurs’ Summit.
@ohbulan.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...