Mengikuti perkembangan terbaru Awi Rafael, 25, seorang komposer dan penyanyi, beliau yang kini popular dengan single “Bila Aku Jatuh Cinta” teruja dengan sambutan peminat apabila official music video lagu itu telah menerima lebih 43 ribu penonton sehingga kini!
Ketika ditemubual OHBULAN!, Awi kini sedang sibuk dengan tawaran persembahan termasuklah jemputan daripada radio tempatan. Awi turut mengakui bahawa industri muzik di Malaysia semakin berkembang berbanding sebelum ini dan pendengar sekarang lebih bijak.
“Saya kini boleh berbangga dengan diri sendiri apabila lagenda rockers negara, Amy Search ada panggil saya untuk berbincang mengenai tawaran untuk opening konsert Amy,” ujar Awi sambil tersenyum.
Awi yang pernah menganggotai kumpulan Bhumiband suatu masa dahulu tidak berputus asa walaupun kumpulan itu sudah berpecah. Dia dengan beraninya merantau ke Australia dan menjadi pemuzik jalanan disana (buskers) sebelum ditemui oleh Matthew dari Grand Central Band untuk menyertai mereka dalam siri jelajah Australia.
“Setibanya saya di Australia, saya hanya menampung kehidupan saya menggunakan wang yang diberi melalui aktiviti busking sehinggalah saya ditemui oleh Matthew. Pada waktu itu, tempat pertama sayabusking ialah Brisbane lengkap berseluar jeans yang lusuh. Saya cuba untuk tarik perhatian orang ramai,” jelas Awi mengingati kembali saat pertama dia sampai di Australia.
Awi turut menambah, “Saya anggap diri saya seorang pengkarya, saya suka keadaan yang mencabar dan menjadi diri sendiri. Kritikan-kritikan yang dihambur adalah satu platform untuk saya maju.”
Sebagai seorang penulis lirik dan penyanyi, Awi turut berkongsi dengan kami sumber inspirasi dan idolanya.
“Saya meminati pengkarya seperti Bruno Mars, kerana walaupun dia nampak biasa sahaja, but he wrote and arrange everything he sing. Pendek kata, saya amat menghormati artis-artis sepertinya.”
Ditanya jika ingin mengeluarkan album pada masa terdekat ini, Awi menjawab,
“Album seterusnya berkemungkinan akan dikeluarkan pada April 2012. Buat masa ini, saya banyak menerima tawaran untuk berkolaborasi bersama penyanyi lain. Alhamdulillah, syukur.”
“Saya juga sedang merancang untuk membuat satu majalah mengenai lagu dan songwriting. Majalah ini akan menjelaskan dan memperjuangkan the true art of music dan saya pasti di Malaysia ini pasti ada orang yang turut mempunyai idea yang sama seperti saya,” ujar Awi lagi dengan tegas.
Mengakhiri perbualan kami bersama Awi Rafael, dia sempat memberitahu yang dia amat terharu dengan sambutan dan sokongan peminat-peminat tempatan.
“Saya mahu menjadi inspirasi kepada anak muda.”
Anda boleh ikuti perkembangan Awi Rafael dengan LIKE! laman Facebook Awi disini,AwiRafaelMusic. Jangan lupa layan MV “Bila Aku Jatuh Cinta” ya!
@ohbulan.com
No comments:
Post a Comment