
PETALING JAYA – Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mengumumkan pemberhentian sementara pengeluaran kilangnya di Pagoh, Melaka bermula hari ini.
Honda Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, pemberhentian sementara itu berpunca daripada kekurangan bekalan disebabkan banjir di Thailand.
“Banjir itu menyebabkan sebahagian besar kilang dalam dalam rantaian bekalan kami terpaksa ditutup termasuk Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. serta pembekal utama yang membekalkan `parts’ kepada Honda Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Honda Malaysia sedang mengkaji kemungkinan untuk mendapatkan bekalan daripada negara lain sementara menunggu pembekal di Thailand kembali pulih.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, pihaknya meminta maaf atas kelewatan penghantaran dan berharap pelanggan Honda memahami situasi itu.
“Kami sedang membuat segala yang termampu berdasarkan kapasiti yang kami ada untuk memulihkan pengeluaran di Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, jelas beliau, semua model CBU seperti Insight, Stream dan Freed tidak terjejas dengan pemberhentian tersebut kecuali Jazz yang diimport dari Thailand.
“Kami mempunyai stok yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran semasa,” jelasnya.
@mynewshub.my
No comments:
Post a Comment