KUALA LUMPUR – Ezlynn merupakan antara penyanyi tempatan yang bertuah kerana bakal mengakhiri zaman bujangnya tetapi majlis perkahwinannya juga mendapat tajaan banyak pihak apabila ia akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini 20 November ini.
Dia yang popular dengan lagu berjudul Hi Hi Bye Bye akan melangsungkan majlis pernikahan dan resepsi bersama pasangannya, Adam Fahmi, 35, yang juga merupakan pengurus peribadinya pada majlis yang dijangka dalam suasana gilang gemilang itu kelak.
Menurut Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 30, sebelum majlis akad nikah itu diadakan dia dan pasangannya akan mengadakan majlis pertunangan di mana majlis tersebut kini sedang dirancang dengan rapi termasuklah bagi mendapatkan lebih banyak penaja.
“Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan kami pula akan diadakan pada Januari tahun depan. Sebelum itu, kami akan mengumumkan tempat ia berlangsung nanti kerana buat masa ini kami sedang berbincang dengan beberapa pihak penaja.
“Setakat ini ada beberapa pihak yang mahu menaja majlis perkahwinan kami itu. Jika tiada aral kami akan memilih warna kelabu dan putih sebagai tema majlis itu nanti. Ia juga berkonsepkan Arab serta Inggeris,” katanya.
Dalam pada itu, Adam berkata, dia menjalin hubungan intim hingga membibitkan percintaannya dengan Ezlynn sejak dua tahun lalu selepas hampir enam tahun menjadi pengurus kepada penyanyi itu.
“Saya juga merupakan rakan kongsi perniagaan melalui syarikat Ezlynn Entertainment sejak lima tahun lalu. Pada masa sama kami juga menguruskan kerjaya pelakon Juliana Evans,” ujarnya.
baca isu kahwin2 artis disini...
@mynewshub.my

No comments:
Post a Comment