
KUALA LUMPUR – Penyanyi lelaki yang digilai ribuan peminat industri hiburan tanahair, Anuar Zain, tampil memberi penjelasan sekaligus menafikan dirinya menjadi mangsa ilmu hitam atau dibomoh pihak tertentu sebagaimana yang didakwa beberapa gosip terhadapnya sebelum ini.
Anuar berkata, segala dakwaan karut yang dilemparkan kepadanya itu hanyalah spekulasi yang tidak berasas dan menegaskan bahawa ia tidak pernah terjadi kepadanya.
“Saya menolak semua dakwaan-dakwaan yang diperkatakan mengenai kami sebagai contoh dibomoh dan sebagainya, kerana ianya memang tak terjadi,” katanya yang dipetik dari laman web hiburan terkenal, murai.com.my.
Gosip ‘Anuar Zain dibomoh’ timbul setelah ‘bercerai’ dengan bekas pengurusnya, Rohila Tahir, yang telah sepuluh tahun bekerjasama dengan penyanyi yang popular dengan lagu duet ‘kain pelekat’ itu.
Ekoran perpisahan tersebut, timbul spekulasi rambang dari pihak tertentu yang menyatakan bahawa bekas pengurus jatuh cinta pada Anuar, namun malangnya dikatakan Rohila bertepuk sebelah tangan dan bertindak menggunakan khidmat bomoh untuk mengekalkan hubungan dengan penyanyi pujaan ramai itu.
Menurut kenyataan Anuar, beliau dan bekas pengurusnya itu memutuskan untuk membawa haluan masing-masing setelah sepuluh tahun berkerjasama serta tidak mahu lagi spekulasi-spekulasi tidak benar menghantui perjalanan kariernya sebagai artis.
“Benar saya dan pihak pergurusan lama sudah membawa haluan sendiri. Namun, semua dakwaan yang diperkatakan ramai adalah spekulasi semata-mata. Pihak saya dan pengurusan lama mempunyai hala tuju masing-masing. Rezeki kami untuk bersama hanya sampai setakat ini sahaja.
“Diharapkan dengan jawapan ini tak ada lagi spekulasi yang akan timbul mengenai saya dan pengurusan lama. Saya ingin meneruskan hidup dan kerjaya dalam keadaan yang senang-senang dan tenang selepas ini,” katanya lagi kepada laman web yang sama.
Anuar juga memberitahu murai.com.my bahawa segala pengurusan kariernya sebagai artis adalah di kendalikan oleh pengurusan baru dan mana-mana pihak yang berminat untuk mendapatkan artis itu boleh merujuk kepada pengurus barunya, Danil.
Terbaru, Anuar Zain kini memberikan sepenuh tumpuannya kepada penjualan album terbarunya, Anuar Zain 2011, diedarkan oleh Universal Music yang memuatkan 8 buah lagu iaitu Ajari Aku, Nadi Terhenti, Ku Berjanji Kerna Cinta, Pernahkah, Simpati Cintamu, Sempurnakan Aku, Terindah dan Cinta Harus Memiliki.
baca kisah pengurus jatuh cinta dgn anuar zain disini...
baca kisah pengurus jatuh cinta dgn anuar zain disini...
@mynewshub.my
No comments:
Post a Comment