Tuesday, August 16, 2011

Suara dari kubur




More Pic!

Jackie Onassis percaya bahawa Lyndon B Johnson dan ahli perniagaan Texas bersekongkol dalam pembunuhan suaminya, John F Kennedy.

Melalui pengakuan dalam pita rahsia yang menggemparkan dan bakal didedahkan kepada umum itu, bekas Wanita Pertama AS terbabit didapati mengesyaki pengganti suaminya adalah dalang utama pembunuhan itu.

Jackie yakin bahawa naib presiden itu, bersama ahli perniagaan di selatan merancang serangan maut melalui Lee Harvey Oswald walaupun selama ini dia digambarkan bertindak bersendirian.

Bagi Jackie, pembunuhan Kennedy itu membabitkan konspirasi jauh lebih besar daripada sangkaan sesiapa.

Dilahirkan di Texas, Johnson pernah berkhidmat sebagai gabenor dan senator sebelum menamatkan penggalnya sebagai naib presiden.

Dia kemudian bertanding bagi jawatan presiden dan memenanginya sebelum memulakan tugas secara rasmi pada 22 November 1963.

Rakaman temu bual itu diadakan bersama sejarawan terkemuka, Arthur Schlesinger Jr, dalam tempoh beberapa bulan selepas Kennedy ditembak mati.

Pita itu disimpan rapi dalam peti besi di Perpustakaan Kennedy di Boston.

Selepas temu bual itu diadakan, Jackie mengarahkan pita berkenaan tetap disimpan dan tidak boleh didedahkan sehinggalah 50 tahun selepas kematiannya.

Beberapa sumber berkata, Jackie mengambil langkah berhati-hati kerana dia bimbang pendedahan berkenaan menye�babkan keluarganya menjadi sasaran balas dendam.

Jackie mati 17 tahun lalu pada usia 64 tahun akibat menghidap kanser.

Kini, anaknya, Caroline Kennedy, bersetuju mendedahkan kandungan pita rahsia itu lebih awal daripada sepatutnya.

Satu rancangan khas bagi menerbitkan kandungan pita itu akan disediakan stesen televisyen ABC.

Disebabkan kandungannya yang menggemparkan itu, difahamkan stesen penyiaran Britain juga dilaporkan berbincang bagi mendapatkan hak penyiarannya juga.

Seorang eksekutif ABC berkata, kandungan pita berkenaan “sangat menggemparkan.”

Antara pendedahan yang bakal dibuat, pengakuan Jackie terhadap pasangannya yang disyaki menjalin hubungan sulit dengan seorang pelatih Rumah Putih berusia 19 tahun.

Malah, kata sumber, Jackie mendakwa, dia pernah menemui kasut sukan remaja terbabit dalam bilik tidurnya.

Selain itu, kata sumber, pita berkenaan juga menunjukkan Jackie turut mempunyai kekasih gelap.

Seorang daripadanya ialah bintang Hollywood, William Holden, dan seorang lagi pengasas syarikat kenderaan Fiat, Gianni Agnelli.

“Kecurangan Jackie itu berpunca daripada sikap Kennedy yang menjalin hubungan sulit,” katanya.

Beberapa minggu sebelum kematian Kennedy, sumber itu berkata, pasangan terbabit hampir memulihkan sepenuh�nya hubungan mereka dan bercadang untuk mendapat�kan lebih ramai anak.

Sejarawan, Edward Klein, yang pernah menulis beberapa buku mengenai ahli keluarga Kennedy berkata, Jackie menganggap wanita muda di Rumah Putih sentiasa mahu menggoda suaminya.

“Untuk membalas dendam, Jackie sendiri mencari lelaki lain untuk dijadikan kekasihnya dan mengabaikan Kennedy,” katanya.

Dipercayai, Caroline, 53, bersetuju mendedahkan kandungan pita itu lebih awal sebagai balasan kepada ABC menggugurkan rancangan membuat drama bersiri me�ngenai keluarganya.

Drama The Kennedys yang menelan belanja hampir RM49 juta itu dibintangi Katie Holmes sebagai Jackie.

Ia bagaimanapun disiarkan sebuah stesen bebas di AS dan BBC2 di Britain walaupun tidak disenangi Caroline.

Video Pembunuhan Mendiang!



Pembunuh!





No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...