JELITA...Kim bergaya untuk majalah WMB dengan sepasang cermin mata 3D ketika parti pelancaran majalah itu di Los Angeles, semalam
AKRAB...Kim bergambar bersama Robin Antin ketika parti majalah WMB di Drai Hollywood.
Bintang realiti berusia 30 tahun itu muncul dengan gaun hitam ketat paras lutut untuk pelancaran majalah itu dengan gaya ringkas tetapi menawan.
Kim yang akan mengahwini Kris Humphries pada 20 Ogos ini, berehat seketika daripada jadual ketat rancangan perkahwinannya bagi menghadiri parti pelancaran Wanita Tercantik Dunia bersama adik lelakinya, Rob.
Memadankan gaunnya dengan tumit tinggi hitam dan beg kepit kecil, Kim mendandan rambutnya dengan tocang ekor kuda ke parti yang diadakan di Drai Hollywood, Los Angeles.
Untuk sesi fotografi kulit depan yang dimuat turun Kim dalam laman sesawangnya, dia mempamerkan susuk tubuh yang menawan dengan pelbagai pakaian menjolok mata.
Foto kulit depan menunjukkan bintang realiti TV itu memakai skirt mini dibuat daripada reben hitam, baju dalam hitam dan jaket kuning air.
Gambar menarik lain me-nunjukkan Kim mengenakan pakaian hitam yang be-renda metalik pada bahu dan dadanya.
Ketika Kim menulis dalam laman Twitter, dia meluahkan keseronokannya menghadiri parti itu tetapi ia tidak lama kerana selepas kurang daripada dua jam bintang realiti itu segera pulang.
Kim mempunyai jadual yang sibuk semalam kerana perlu terbang ke New York bagi mencuba gaun pengantin untuk perkahwinannya di butik Vera Wang.
Bakal pengantin itu me-luangkan masa empat jam di New York sebelum pulang semula ke Los Angeles untuk menghadiri parti majalah WMB.
Sementara Kim sibuk memikirkan tentang perkahwinannya, bekas teman lelakinya, Reggie Bush dikatakan membe-ritahu bintang terbabit yang dia melakukan kesilapan.
Menurut majalah Life & Style, satu sumber berkata: “Bush me-ngirim mesej pesanan ringkas kepada Kim dan meninggalkan pesanan di peti suara
memberitahunya wanita itu melakukan kesilapan dan hanya dia satu-satunya untuk Kim.
“Sebelum ini, Kim melayan mesej Bush tetapi sekarang dia tidak lagi membalasnya.”
Satu lagi sumber membe-ritahu majalah berkenaan: “Bush merayu Kim supaya membatalkan perkahwinan dan memberinya satu lagi peluang.”
JOM KE KELONG ABU! BEST BAI!
No comments:
Post a Comment