Peminat setia Selena Gomez begitu teruja apabila dihidangkan dengan persembahan bertenaga dan serba baru daripada penyanyi itu di New York, baru-baru ini.
Namun, di sebalik keriangan itu, penyanyi remaja berusia 19 tahun itu mungkin mengambil risiko dengan penampilannya yang seksi.
Menyampaikan lagu terbaru daripada album When The Sun Goes Down bersama kumpulannya, The Scene, Selena memilih pakaian seperti penari gelek untuk menghargai peminatnya.
Memanglah secara umumnya, tiada yang aneh pada pendekatan Selena itu.
Masihkah anda ingat Britney Spears yang memakai pakaian mendedahkan sebahagian besar tubuhnya ketika baru berusia 16 tahun?
Berbeza daripada Britney, peminat dan orang ramai melihat Selena sebagai gadis sopan dan tertib.
Justeru, penampilan berani Selena baru-baru ini agak mengejutkan banyak pihak.
Bagaimanapun, di sebalik penampilan seksinya, kekasih Justin Bieber itu tetap mempesona dan anggun.
Mengenakan siri pakaian pelbagai warna, Selena memilih sendiri rekaan fesyen yang ingin ditampilkannya.
Antara yang menonjol pada pakaian itu adalah penekanan kepada fesyen ketat dan berkilauan, menandakan peralihan seleranya yang sebelum ini lebih bersifat konservatif.
Bintang Disney itu ternyata mahu menampakkan bahawa tiba masanya untuk dia lebih dewasa.
Dalam temu bual dengan sebuah majalah baru-baru ini, Selena ditanya bagaimana perasaannya menjadi bintang terkenal dalam usia muda.
Kata Selena, dia memang merasai tekanan bagi menyesuaikan dirinya dengan realiti.
“Anda berdepan dengan tekanan dan mahu orang lain menyukai anda.
“Saya cuba sedaya upaya menjadi manusia yang terbaik,” katanya.
Selena berkata, dia mendapat ilham dan semangat daripada rakan sebaya, selain persahabatan yang lebih akrab dengan Leighton Meester dan Katie Cassidy - kedua-duanya turut membintangi Monte Carlo bersamanya.
“Pada awalnya, saya bimbang dan gemuruh berlakon bersama mereka atas faktor usia dan pengalaman yang berbeza.
“Namun, di sebalik usia yang lebih dewasa daripada saya, mereka rupa-rupanya adalah pasangan terbaik yang pernah saya miliki.
“Mereka sangat baik dan mengambil berat mengenai saya,” katanya.
Satu daripada lagu paling popular Selena, Who Says, memiliki lirik berbunyi:
“Siapa kata kamu tidak berpotensi menjadi bintang?”
Mengenai kenyataan dalam lagu itu, Selena berkata, ia memang ada kena-mengena dengan dirinya.
“Saya diberitahu mengenai potensi yang ada pada saya beberapa kali,” katanya.
Lagu Yang Aku Minat! Dah 71 juta clicks orang tengok! huhu..best!
No comments:
Post a Comment