
PELANGGAN boleh memilih hidangan pencuci mulut seperti bubur jagung, bubur pulut hitam dan bubur kacang hijau dan bubur sanggupal.
KEPADA peminat-peminat makanan dari Kelantan, barangkali Restoran House Of Nasi Kerabu boleh dijadikan pilihan terbaik untuk berbuka puasa atau bersahur.
Sememangnya, sajian utama penduduk Cik Siti Wan Kembang yang ditawarkan oleh restoran ini bukan se barangan. Nasi kerabu yang ditawarkan merupakan ga bungan resipi tradisional Kelantan dan dari Narathiwat, Thailand.

ISTIMEWA. Nasi kerabu ini adalah resipi asli dari Kelantan dan Narathiwat.
Menurut pemilik restoran ini, Rohayu Mamat, 35, antara resipi istimewa yang ditawarkan di restorannya ialah nasi kerabu nara yang mempunyai pilihan ayam atau daging bakar dan ayam percik.
"Perkataan nara itu sebenarnya adalah singkatan nama wilayah Narathiwat yang juga merupakan tempat kelahiran saya dan ia juga adalah resipi turun temurun yang diwariskan daripada nenek saya," katanya ketika ditemui di restoran tersebut baru-baru ini.
Budu masak

NASI dagang antara pilihan lain yang terdapat di House of Nasi Kerabu.
Bezanya nasi kerabu di tempat ini dengan yang lain ialah daripada segi penyediaannya. Nasi yang dimasak misalnya dimasak dengan air daun mengkudu yang dikisar halus dan disertakan bawang jeruk sebagai penyedap rasa.
Harga yang ditawarkan di antara RM6 hingga RM8.80.
Budunya juga kata Rohayu, diproses dan dimasak semula bagi membolehkan pelanggan-pelanggan yang mengalami alergi mampu menghadam makanan itu tanpa masalah.
Restoran itu turut mempelbagai menu mereka apabila turut menyediakan menu yang dinamakan bihun goreng santan nara yang cuma berharga RM4.90.
Selain menu berkenaan, Restoran House Of Nasi Kerabu menyediakan resipi istimewa lain iaitu nasi kerabu tumis.
![]() |
AIR berkarbonat klasik jenama cap Ayam yang popular di Kelantan dijual di Restoran House Of Nasi Kerabu. |
Bezanya dengan nasi kerabu nara ialah nasinya berwarna kuning dan mempunyai tambahan sambal tumis yang rasanya tidak terlalu pedas.
Seperti biasa, santapan akan bertambah menyelerakan jika anda memesan solok lada dan ikan goreng celup tepung.
Jika anda tidak mampu menghadam makanan secara berlebihan, anda turut diberi opsyen untuk memilih nasi berlauk ikan tongkol dan nasi dagang yang lebih ringkas.
Bagaimana pula dengan minuman? Anda pasti tertarik apabila restoran ini menawarkan air berkarbonat klasik jenama cap Ayam yang sangat popular di Kelantan.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, pelanggan dicadangkan untuk merasa pelbagai jenis bubur seperti bubur sanggupal iaitu sagu campur nangka, bubur jagung, bubur pulut hitam dan bubur kacang hijau.
Seperti kata Pengurus Pembangunan restoran ini, Shamil Awang, meskipun House Of Nasi Kerabu berkonsepkan stail kopitiam, harga setiap makanan ialah seperti harga di pasar malam. - MAZLINA ABDUL MAJID

No comments:
Post a Comment