Tuesday, August 9, 2011

Buka puasa atas bot



MOHD. SHUKRI menunjukkan menu bufet Ramadan di atas Cruise Tasik Putrajaya, Putrajaya malam kelmarin.


PUTRAJAYA – Orang ramai kini boleh berbuka puasa sambil menikmati pemandangan indah pusat pentadbiran kerajaan melalui pakej buffet Ramadan yang ditawarkan oleh Cruise Tasik Putrajaya.
Menurut Pengurus Pemasaran Cruise Tasik Putrajaya, Mohd. Shukri Hassan, sepanjang bulan Ramadan ini, Cruise Tasik Putrajaya menyediakan perkhidmatan bot yang mengambil masa selama satu jam tiga puluh minit untuk satu pelayaran.
“Pada pakej itu kami menawarkan dua jenis menu kepada pengunjung iaitu resipi masakan Melayu dan resipi masakan Moghul.
“Pada kali ini, pihak kami telah bekerjasama dengan Cam Bina Enterprise serta Putra Palace Putrajaya untuk menyediakan dua jenis resipi masakan tersebut.
“Paling istimewa harga yang ditawarkan kepada pengunjung dewasa hanya RM70 manakala kanak-kanak RM50 sahaja bagi satu kali pelayaran yang mengambil masa selama satu jam tiga puluh minit,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini malam kelmarin.
Di Melaka Ada 2 Tempat Menarek Untuk Berbuka Puasa Dan Bersahor!

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...