Tuesday, August 9, 2011

Khir diarah bela diri




SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo membela diri terhadap tuduhan melakukan rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di sini, empat tahun lepas.
Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan terdapat kes prima facie.
Mohamad Khir, 46, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...