Monday, August 15, 2011

Pemburuan City bermula



MANCINI (kanan) yakin dengan kemampuan barisan pemain City bagi menghadapi kempen Liga Perdana England musim ini.


MANCHESTER – Roberto Mancini optimis penambahan muka baharu dalam skuad Manchester City mampu membawa pasukan itu menjuarai saingan Liga Perdana England buat kali pertama musim ini.
Musim lalu, City telah menampakkan potensi mereka setelah muncul juara Piala FA selain menamatkan saingan liga di tangga ketiga, sekali gus menjanjikan cabaran hebat kepada juara bertahan yang juga musuh setempat mereka, Manchester United.
Setelah menandatangani penyerang Argentina, Sergio Aguero, City menjanjikan penambahan beberapa lagi nama besar termasuk pemain Arsenal, Samir Nasri bagi mengukuhkan jentera serangan mereka.
City bakal membuka tirai saingan musim ini menentang pendatang baharu, Swansea di Stadium Etihad awal pagi esok sambil Mancini masih menunggu sehingga penghujung minggu ini untuk melengkapkan skuadnya.
“Kami hanya boleh berbicara tentang cabaran untuk bergelar juara setelah kami selesaikan pembelian pemain. Buat masa ini, skuad kami masih belum lengkap.
“Saya masih belum mendapatkan pemain-pemain yang saya mahukan. Harap kami dapat selesaikannya dalam minggu ini.
“Situasi ini sama seperti musim lalu apabila kami tewas kepada Sunderland dan seri dengan Tottenham pada beberapa aksi awal musim sebelum kami mendapatkan dua atau tiga pemain baharu,” kata Mancini.
Namun, Mancini tetap tidak mahu memandang mudah cabaran Swansea sambil menganggap pasukan itu pasti lebih bermotivasi selepas 28 tahun tidak beraksi di saingan liga tertinggi itu.
“Ia sentiasa menjadi perlawanan sukar apabila kita bertemu pasukan yang baru naik dari Liga Kejuaraan. Musim lalu, West Brom turut memberi kesukaran kepada kami,” jelas Mancini.
Sementara itu, pengurus Swansea, Brendan Rodgers berkata, mereka memerlukan keajaiban untuk memastikan kelab dari Wales itu terus kekal bersaing pada Liga Perdana England.
“Ia satu cabaran yang besar. City merupakan kelab yang berkembang dengan pantas.
“Kami berdepan kelab yang cukup mewah, tetapi mereka juga manusia yang kadangkala mempunyai hari yang tidak baik,” kata Rodgers. – AFP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...