Tuesday, August 16, 2011

Cahill dalam radar Arsenal



CAHILL (dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika menentang QPR pada aksi Liga Perdana England di Loftus Road kelmarin.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memanggil ketua pencari bakat kelab itu, Steve Rowley bagi mendapatkan pandangan sebelum membuat tawaran kepada pemain Bolton Wanderers, Gary Cahill.
Rowley turun menyaksikan Cahill mengemudi posisi pertahanan tengah Bolton ketika pasukan itu membelasah Queens Park Rangers (QPR) 4-0 pada aksi sulung Liga Perdana England malam kelmarin.
Cahill menjaringkan gol pertama Bolton pada perlawanan tersebut, sekali gus memberikan pasukan itu kemenangan besar pertama di tempat lawan sejak enam tahun lalu.
Ia tampak sudah cukup untuk membuktikan bahawa Cahill layak untuk beraksi di Emirates atau mana-mana kelab besar lain.
Arsenal dikatakan bersedia untuk menebus kontrak Cahill bersama Bolton yang dianggarkan bernilai sekitar £16.5 juta (RM80.6 juta).
Dengan kemungkinan besar akan kehilangan Cesc Fabregas dan Samir Nasri, kehadiran Cahill sangat diperlukan oleh Arsenal.
Wenger sememangnya sedang mencari pemain pertahanan tengah baharu dan Cahill menjadi pilihan utamanya berbanding pemain Blackburn, Chris Samba.
Pengurus Bolton, Owen Coyle turut tertarik dengan aksi mantap pemain pertahanan England itu serta jaringan menariknya menerusi rembatan dari jarak jauh.
"Cahill adalah cukup baik untuk bermain dengan sesiapa saja. Dia memiliki sentuhan seperti seorang penyerang tetapi kemampuannya adalah sebagai pemain pertahanan.
"Memang ia satu jaringan yang menarik. Dari situ kami mendapat rentak untuk menambah lagi jaringan," kata Coyle. - Agensi

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...