PORT DICKSON – Perigi lama jadi penyelamat! Itu yang berlaku apabila sebuah perigi berusia lebih 40 tahun milik seorang penduduk di Kampung Paya di sini menjadi tumpuan orang bagi mendapatkan bekalan air.
Ia menjadi tumpuan kerana kawasan itu mengalami gangguan bekalan air selama empat hari berturut-turut.
Pemiliknya, Ong Cheng Hung, 48, berkata, perigi berusia 40 tahun dan sedalam enam meter itu tidak pernah kering walaupun beratus-ratus orang mengambil airnya dalam masa empat hari lalu.
“Pada mulanya, jiran saya sahaja datang ambil air tetapi tidak lama selepas itu semakin ramai penduduk di kampung ini dan kampung sebelah datang cari air.
“Oleh kerana permintaan yang tinggi, saya terpaksa guna pam sedut air,'' katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Cheng Hung, dia tidak mengenakan sebarang bayaran kepada orang ramai malah dia sendiri keluar duit poket untuk membeli petrol dan pam.
“Saya ikhlas bantu mereka dan tidak mahu ambil kesempatan dengan mengenakan bayaran atas kesusahan yang mereka alami.
Apa pun, dia tidak menyangka perigi yang dbina oleh bapa mertuanya itu kini berjasa kepada orang ramai.
Sementara itu, seorang penduduk, Syed Mohd. Azam, 42, berkata, dia berterima kasih kepada keluarga Cheng Hung yang sudi membantu penduduk walaupun berlainan agama dan keturunan.
“Saya terharu kerana dia bantu kami sekali gus mengeratkan lagi hubungan antara penduduk di sini,” jelasnya.
Bekalan air di daerah berkenaan telah terputus sejak Jumaat lalu apabila tiga paip dari Loji Rawatan Air Sungai Linggi ke Port Dickson pecah sekali gus menjejaskan sebanyak 38,000 premis termasuk rumah dan kilang.
ManaKedai.com - di Merlimau, Melaka terdapat sebuah perigi lama yang dikatakan ditinggalkan oleh askar-askar Portugis semasa menjajah negeri Melaka, Perigi ini digali sendiri oleh askar-askar Portugis untuk dijadikan pengkalan bekalan minuman bersih kepada mereka.
Dan mengikut kata orang-orang tua di sini selepas askar-askar Portugis melarikan diri diserang oleh Belanda dan juga pejuang-pejuang dan pahlawan-pahlawan bangsa Melayu ketika itu, perigi ini digunakan oleh masyarakat setempat disekitarnya. Dan sehingga hari ini perigi ini terjaga rapi.
Semasa aku singgah ke Makam Tun Teja yang terletak tidak jauh dari sini tempoh hari, tergerak pulak hati aku untuk meninjau perigi lama ini. Kedudukannya agak terperosok sedikit ke dalam dari jalan besar. Kalau anda masih sesat lagi dan tidak berjumpa dengan berpandukan papan tanda yang banyak di sini, anda boleh bertanyakan dengan orang-orang yang lalu lalang di sini.
Tidak jauh dari perigi ini terdapat juga sebuah tapak kesan sejarah yang tidak kurang hebat dikalangan orang-orang Merlimau di sini, Rumah Penghulu Mad Natar dengan keunikan seni binanya sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong dalam dan luar negeri.
Klik Di Sini- Photo Perigi Portugis, Merlimau, Melaka.
Klik Di Sini - Photo Rumah Tradisional Penghulu Mad Natar
Klik Di Sini- Photo Makam Tun Teja!
Klik Di Sini - Homestay Di Merlimau, Melaka!
Klik Di Sini- Photo Perigi Portugis, Merlimau, Melaka.
Klik Di Sini - Photo Rumah Tradisional Penghulu Mad Natar
Klik Di Sini- Photo Makam Tun Teja!
Klik Di Sini - Homestay Di Merlimau, Melaka!
No comments:
Post a Comment