Thursday, August 4, 2011

Microsoft: Penuntut malaysia juara dunia

KUALA LUMPUR – Penuntut Malaysia, Clement Ng Chwin Chiat, yang memenangi pertandingan Microsoft Word 2010, muncul juara dunia.
Clement, meraih biasiswa bernilai AS$5,000 pada pertandingan dunia Microsoft Office 2011, yang menarik penyertaan kira-kira 228,000 orang dari 57 negara, bersaing untuk menunjukkan kepakaran mereka dalam produk Microsoft Office.
Certiport, penyedia utama pembangunan pensijilan peperiksaan, perkhidmatan pengurusan program dan penawaran yang menganjurkan pertandingan itu, memilih penuntut Malaysia itu sebagai pemenang pada majlis yang berlangsung di San Diego, California pada Selasa.
Ia juga mengumumkan juara bagi kategori lain iaitu Chen Xing dari China dalam Microsoft Excel 2010, rakyat Jepun, Mizuki Terao (Microsoft Word 2007), warga Britain Rebecca Rickwood (Microsoft Excel 2007) dan rakyat Taiwan Liao Yu-Xuan (Microsoft PowerPoint 2007).
Dalam kenyataannya, Certiport berkata, para peserta yang mengambil bahagian bersaing untuk menunjukkan kepakaran mereka dalam produk Microsoft Office dan 79 finalis daripada 29 negara mengambil bahagian pada pusingan akhir pertandingan. – Bernama

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...