![]() CHONG WEI sekali lagi kempunan merangkul kejuaraan dunia tahun ini. |
KEKUATAN mental jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei kembali menjadi buah mulut para peminat sukan tanah air.
Ia gara-gara kekalahan Chong Wei kepada kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wembley, London Ahad lalu.
Berdepan Lin Dan, Chong Wei yang juga pemain No. 1 dunia sekali lagi gagal menyaingi ketangkasan bintang China itu dalam pertarungan tiga set yang memakan masa 82 minit.
Pada suatu ketika, Chong Wei dilihat mampu menumbangkan Lin Dan, namun dia tidak berjaya menamatkan perlawanan meskipun sudah berada pada mata akhir di set ketiga.
Meskipun Chong Wei dua kali berada pada kedudukan mata akhir iaitu 20-19, 21-20, nasib ternyata tidak menyebelahi anak kelahiran Pulau Pinang itu.
Justeru, ada pihak yang beranggapan bahawa jaguh perseorangan negara itu sekali lagi dibayangi dengan kekuatan mental Lin Dan yang kini memiliki rekod kemenangan 16-8 ke atasnya.
Sungguhpun demikian, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar kecil) menolak tanggapan tersebut kerana menganggap kekuatan mental Chong Wei sudah cukup kuat apabila mampu melangkah ke pentas final.
Katanya, melangkah ke final dengan mengalahkan juara bertahan, Chen Jin pada aksi separuh akhir sudah membuktikan betapa Chong Wei berada pada landasan yang tepat untuk memenangi kejuaraan dunia.
"Tetapi jangan lupa, dalam setiap permainan, apa-apa saja boleh berlaku, dengan sistem perkiraan tersebut, jurang mata yang besar bukan suatu yang boleh beri kelebihan kepada pemain.
"Saya tidak rasa Chong Wei ada masalah dalam kekuatan mental kerana dia sudah buktikan dia kuat dengan mengalahkan pemain yang hebat sebelum ini dan memenangi banyak kejohanan," kata Ahmad Shabery ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Belia dan Sukan di Institut Kema- hiran Belia Negara, Dusun Tua kelmarin.
Ahmad Shabery menyifatkan kekalahan Chong Wei bukan sesuatu yang memalu- kan kerana jaguh negara itu sudah menampilkan aksi terbaik dan menunjukkan peningkatan yang matang dalam permainan.
Katanya, Chong Wei menunjukkan peningkatan yang besar berbanding dengan rekod sebelum ini yang menun- jukkan Chong Wei mudah ditewaskan oleh musuh utama- nya itu.
Menurutnya lagi, tumpuan Chong Wei sekarang adalah untuk membawa pulang pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
"Tiada sebab untuk merasa gundah-gulana kerana yang penting tumpuan kepada Sukan Olimpik tahun depan. Memasuki pentas akhir sudah dikirakan pencapaian terbaik untuk Chong Wei.
"Saya penuh yakin Chong Wei tidak akan patah semangat dan teruskan perjuangan. Yang penting adalah membawa pulang emas Sukan Olimpik," tambahnya.

No comments:
Post a Comment