Thursday, August 18, 2011

Australia halangan utama Malaysia



MAIZAL (kanan) berdepan tugas sukar bagi membentuk skuad terbaik menjelang Pusingan Kelayakan Zon ASEAN Kejuaraan Futsal Asia 2012 pada Disember depan.


MALAYSIA diundi dalam Kumpulan B bersama Australia, Vietnam dan Kemboja bagi Pusingan Kelayakan Zon ASEAN Kejuaraan Futsal Asia 2012 di Bangkok, Thailand dari 26 November hingga 1 Disember depan.
Manakala Kumpulan A pula menam- pilkan tuan rumah, Thailand, Indonesia, Filipina dan Myanmar.
Dua pasukan teratas setiap kumpu- lan akan mara ke separuh akhir dengan hanya tiga pasukan terbaik akan layak ke pusingan akhir di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari 12 hingga 22 Mei tahun depan.
Pada Pusingan Kelayakan Zon ASEAN edisi sebelum ini yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Februari 2010, Malaysia gagal ke pusingan akhir setelah tewas 3-6 kepada Vietnam pada aksi penentuan tempat ketiga.
Namun jurulatih skuad futsal kebangsaan, Maizal Hairi Marzuki tidak menganggap laluan Malaysia kali ini terlalu sukar dan yakin anak-anak buahnya mampu menyaingi kekuatan Australia dan Vietnam.
"Pada kelayakan sebelum ini, kami sama kumpulan dengan Vietnam, Kemboja dan Filipina. Kali ini kami diundi sekali lagi bersama Vietnam dan Kemboja serta Australia.
"Rasanya saingan Kumpulan B ini tidak berapa sukar kerana Vietnam sama tahap dengan kita dan Australia mampu kita cabar walaupun sudah lama tidak bertemu mereka.
"Cuma yang menjadi masalah, kita kekurangan aksi di kejohanan antara- bangsa selama lebih setahun dan kini dalam proses membina pasukan dengan menyenaraikan ramai muka baharu.
"Apa pun diharap penyertaan pada satu kejohanan jemputan di Vietnam pada September, aksi persahabatan di Bangkok pada Oktober dan saingan Sukan SEA pada November depan mampu memberi momentum kepada pasukan.
"Jadi, saya tagih komitmen pemain untuk bersungguh-sungguh layak ke pusingan akhir kali ini," kata Maizal se- lepas majlis undian semalam.
Seramai 24 pelatih kini sedang menjalani latihan pusat di Kompleks Sukan Triways, Padang Jawa, Shah Alam se- jak 7 Ogos lalu sebagai persiapan untuk mempertahankan pingat perak Sukan SEA pada November depan.
Maizal mengekalkan lapan pemain lama - Mohd. Fairuz Mohd. Noor, Akh- mall Abdullah, Qaiser Heshaam Abdul Kadir, Muizzudin Haris, Ruzaley Abd Aziz, Safar Muhamad, Firdaus Razali dan Khairul Ridzuan Harif.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...