Thursday, August 18, 2011

Polis berkas dua lelaki kes bunuh ah long




KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing ditahan di kawasan Puchong hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pemberi hutang atau ah long di Petaling Jaya semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua lelaki itu, yang seorang daripadanya pemilik premis kopitiam dan karaoke di kawasan Petaling Jaya Commercial City, ditahan reman tiga hari mulai hari ini.
"Rakaman kamera litar tertutup di dalam premis itu akan digunakan bagi membantu siasatan kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Phua Wei Loon, 25, ditemui mati oleh rakannya di premis itu selepas dia mengutip hutang kira-kira 9.30 malam.
Polis percaya pemilik premis itu dan Wei Loon bergaduh sebelum mangsa ditetak yang menyebabkan kematiannya. – Bernama

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...