Friday, December 8, 2017

Kelebihan Minyak Kelapa Dara Yang Anda Tidak Pernah Sangka

Ramai yang masih tidak sedar dengan kelebihan Minyak Kelapa Dara untuk kesihatan dalaman dan luaran. Percayalah, bahan semulajadi lebih baik dari bahan yang telah dicampurkan dengan kimia yang anda sendiri tidak pernah sedar. 

Jom kita tengok antara kelebihan Minyak Kelapa Dara ini untuk seseorang individu itu. 

Masalah Resdung

Image result for masalah resdung

Minyak kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi kerana sifat anti virus dan anti bakteria iaitu sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara. 

Masalah Tiroid

Image result for masalah tiroid

Dapat membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid sama ada mengidap hipertiroidismeatau hipotiroidisme. Ia juga dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.

Penjagaan Rambut

Image result for penjagaan rambut

Merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Ia dapat memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu dan kulit kepala anda kering. Ia juga merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. 

Penjagaan Kulit

Image result for penjagaan kulit

Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan Minyak kelapa dara. Ia membantu mengelakkan kulit menjadi kering, mengelupas dan sekali gus melambatkan proses penuaan. 

Melewatkan proses Penuaan

Image result for minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana sifat antioksidan semulajadi.

Penyakit Jantung

Image result for penyakit jantung

Minyak kelapa dara memberi kebaikan untuk jantung kerana mengandungi asid laurik sekitar 50% – 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terkandung di dalam Minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain. 

Masalah Berat Badan

Image result for masalah berat badan berlebihan

Mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Ia juga lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman. Bukan itu sahaja, ia juga dapat meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu orang yang berbadan besar untuk menurunkan berat badan. 

Untuk Pencernaan

Image result for untuk pencernaan

Membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. Lemak tepu dalam Minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan. 

Penyembuhan secara semulajadi

Image result for Penyembuhan secara semulajadi

Dapat membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh. Minyak kelapa dara yang paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak.

Mencegah Masalah Hati

Image result for Mencegah Masalah Hati

Membantu mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak.

Kencing Manis atau Diabetes

Image result for Kencing Manis atau Diabetes

Dapat mengawal kadungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.

Untuk Tulang

Image result for Untuk Tulang

Meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting. Ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.

Penjagaan Gigi

Image result for Penjagaan Gigi

Membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat. 

Untuk Kesihatan

Image result for Kesihatan

Mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Ia juga dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi seseorang individu.

Sumber : Khasiatherba

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...