Sunday, October 1, 2017

Neelofa Wanita Berhijab Pertama Dilantik Duta Lancôme

Melalui akaun Instagramnya, Neelofa mengumumkan gembira kerana menjadi duta berhijab pertama untuk jenama antarabangsa itu. Utusan Online juga melaporkan, ia adalah satu lagi jenama di mana Neelofa berperanan sebagai duta, disampik jenama kristal Austria, Swarovski.
Ujar Neelofa:
Ini pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya pun tak pernah termimpi untuk dilantik sebagai duta kepada Lancome.
Neelofa juga mengakui telah lama menggunakan produk mewah Lancome:
Saya memang peminat dan menggunakan Lancome sejak dulu lagi. Saya tak sabar untuk berkerja dengan Lancome dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda di luar sana.
Alhamdulillah, saya terkejut dan tidak sangka akan dilantik sebagai duta kepada jenama kosmetik bertaraf antarabangsa ini. Rasa bertuah dan bangga diberi peluang ini
Neelofa juga dikatakan bakal berlepas ke Paris untuk menunaikan tanggungjawab sebagai duta jenama terkenal tersebut.
Sekalung tahniah diucapkan buat Neelofa atas pelantikan sebagai Duta Lancome.-beautifulnara.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...