Saturday, August 5, 2017

Nadia Brian Minta Izin Keluarga Lakonkan Babak Intim

Menjadi seorang pelakon bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi jika perlu menjayakan babak intim. Ia adalah satu keputusan berat yang perlu dilakukan. Kehendak pengarah perlu dituruti namun maruah diri dan keluarga juga perlu dijaga.  Abang Nara suka dengan cara Nadia Brian yang meminta izin keluarga sebelum melakukan babak intim. Sekurang-kurangnya keluarga Nadia tidak terkejut apabila menonton adegan tersebut.
nadia brian
Babak intim dilakonkan bersama Amar Asyraf dalam filem Blok 404. Kata Nadia:-
Sebagai pelakon baharu, sejak awal-awal lagi saya sudah menjelaskan hal sebenar dan tuntutan kerja bagi filem ini kepada keluarga. Mereka memahami dan pastinya, saya memohon keizinan keluarga terlebih dulu sebelum melakonkan babak itu.
Lagipun, banyak teknik helah kamera digunakan dalam filem ini, termasuk babak intim saya dengan Amar. Ia dilakukan bagi memberikan hasil meyakinkan dan terbaik kepada penonton
nadia brian
Diharap apabila nama Nadia Brian sudah meningkat dan semakin popular, bolehlah “demand” untuk kurangkan babak sebegini. Awal-awal ini kalau minta lebih-lebih takut kena cop je. Tak pasal-pasal terus tak ada sebarang tawaran berlakon. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Sumber Berita Harian.
@beautifulnara.com
Post a Comment

Kejam! Wanita Dirogol Sebelum Kepala Dipenggal

SEORANG wanita yang berkunjung ke India untuk mengubati kemurungannya, diberikan dadah, dirogol sebelum dipenggal kepala. Mayat mangsa ...