Thursday, December 1, 2016

Polis siasat klip video lelaki dipukul



Satu klip video menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju berwarna biru dilihat memukul seorang lelaki dipercayai warga asing menggunakan sebatang kayu menjadi viral di media sosial sejak kelmarin.

 
KUALA LUMPUR – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai kejadian seorang lelaki dipercayai warga asing yang dipukul menggunakan kayu oleh seorang lelaki dalam satu klip video yang tersebar di laman sosial sejak kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar kecil) berkata, setakat ini polis masih belum dapat mengenal pasti pelaku mahupun lelaki yang menjadi mangsa dalam klip video terbabit.
“Kita minta orang ramai yang mengenali pelaku tersebut atau seorang lagi lelaki yang dipercayai rakannya untuk tampil menyalurkan maklumat.
“Polis juga amat alu-alukan kerjasama dan maklumat daripada orang ramai dalam usaha mengenal pasti individu yang terlibat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4RVtC4vdN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...