Thursday, December 1, 2016

Pegawai PBT di Melaka direman



MELAKA – Seorang pegawai kerajaan bergelar Datuk ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek-projek pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.
Penolong Pendaftar Mah-
kamah Majistret Melaka, Syarina Shaarani @ Tan mengeluarkan pe­rintah itu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut ke atas pegawai berusia 55 tahun tersebut yang bertugas dengan salah sebuah PBT di Melaka.
Terdahulu, suspek yang memakai kot berwarna hitam dengan kedua-dua tangan bergari tiba di pekarangan kompleks mahkamah di sini pada pukul 10 pagi dan beredar kira-kira setengah jam kemudian.
Penjawat awam itu ditahan SPRM kira-kira pukul 2 petang kelmarin di sekitar bandar Melaka kerana disyaki meminta wang suapan bagi meluluskan projek-projek di bawah seliaan PBT ber­kenaan.
Akaun bank milik pegawai berkenaan yang mengandungi wang jutaan ringgit turut dibekukan.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4RVr7a1vV 
Hakcipta terpelihara 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...