Thursday, December 1, 2016

Kualiti Lakonan Idris Khan Atasi Kontroversi Foto Lucah



PETALING JAYA: Pelakon Idris Khan berkata, prinsip dan kualiti lakonan yang disumbangkannya telah mengatasi kontroversi penyebaran gambar lucah yang mengaitkan namanya dengan seorang artis wanita pada September lalu.

Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar, 28, berkata, prinsip sentiasa memberikan lakonan terbaik membuatkan dia terus diberi peluang oleh pihak produksi dan stesen televisyen.

"Pada saya prinsip kerja memberi mutu lakonan terbaik pada setiap drama membuatkan mereka terus memberi peluang dan kepercayaan kepada saya.

"Saya percaya penonton juga sudah bijak dalam menilai kualiti lakonan daripada hanya mengambil tahu tentang kontroversi," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Idris berkata, kontroversi tersebut juga tidak menjejaskan hubungannya dengan kekasih dan keluarga.

Pelakon Duda Terlajak Laris ini berkata, keluarganya tidak pernah masuk campur dalam urusan kerjayanya termasuklah membabitkan kontroversi dalam industri hiburan ini.

"Keluarga saya jenis yang tidak suka masuk campur urusan kerjaya. Sebelum memasuki dunia seni saya sedar bakal berhadapan dengan pelbagai kontroversi.

"Ini jalan yang saya pilih jadi saya perlu berhadapannya sendiri tanpa perlu mengaitkan keluarga.

"Kekasih pula kenal saya ni orang macam mana dan tidak mudah percaya dengan perkara-perkara begitu," ujarnya yang mengakui sudah mempunyai teman istimewa.

Terdahulu, nama Idris menjadi kontroversi selepas penyebaran beberapa keping foto bogel mirip wajahnya kononnya ia bersama pelakon Atikah Suhaime.

Bagaimanapun Atikah dalam pertemuannya dengan pihak media menafikan foto berkenaan adalah dirinya.

Image result for idris khan scandal

Image result for idris khan pelakon malaysia

Image result for idris khan pelakon malaysia

Image result for idris khan pelakon malaysia

Image result for idris khan pelakon malaysia

Image result for idris khan pelakon malaysia

@mstar.com.my





 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...